RESEPI : MEE SUAH SUP
Mee suah ni saya mula makan sebab mak mertua perkenalkan. Sebelum ni tak pernah tengok pun. Selalu dia buat sup ni untuk makan dengan nasi. Memang jadi makanan kesukaan budak-budak. Satu bungkus RM 1.20 sen je.
Bahan2:
Mee suah ( rendam dalam air panas )
Kalau masuk mee suah dalam sup cepat kembang, so saya rendam dalam air panas, nak makan masukan sup je.
Stok Minyak bawang putih :
1 buku bawang putih potong nipis1 dan goreng dalam minyak yang banyak untuk buat minyak bawang putih.
Sup fishball :
Bekas goreng bawang putih tu tumiskan bawang holand besar, saderi, batang daun bawang & daun sup. Dah naik bau & garing sikit masukkan air.
Masukkan stok ayam (saya beli ayam kampung masukkan saderi, bawang holand, batang daun sup & air, letak dalam pressure cooker untuk jadikan stok ayam. Dah sejuk saya simpan sup dalam bekas kecil untuk sekali masa)
Boleh juga masukkan kiub ayam.
Biar mendidih masukan fish ball & fish cake.
dah mengelegak masukkan garam.
Cili kicap :
Cili kisar kasar +limau+kicap manis kipas udang+kicap ABC.
Sediakan macam di bawah. Siap. Sedap btul bawang putih.
RESEPI NASI LEMAK
Bahan2:
Beras 4 pot (sy pakai berasmathi FAIZA)
4 pot air
Santan 1/2 kotak (brand M&S)
secubit garam
Daun pandan
Bahan tumis :
Minyak sapi 1 sudu besar/kalau takde letak minyak masak
Halia 1inci (ketuk)
Bawang kecik 2 biji (ketuk)
Halba ( 1 sudu kecil)
*da tumis semua bahan sampai naik bau masuk dalam periuk nasi.
Dimakan bersama sambal sotong dan rendang daging.
No comments:
Post a Comment