Banyak program nak bawa budak-budak berjalan. Disebabkan bulan ni mood berkhatan, semua holiday kena tangguh sampai betul-betul baik. Mula-mula rancang nak gi BBQ di pantai.. Bagan Lalang, nak cari chalet / hotel tapi semua da penuh, maklumla cuti sekolah.
Mr.Shah dapat idea buat BBQ kat Janda Baik. Menarik kan. Pernah bermalam di Janda Baik, Tams Chalet.. seronok sangat budak-budak. Malam jam 8 memang semua da tutup, sangat selesa tenang duduk kat chalet. Paling best sarapan di Janda Baik.
Bersambung cerita BBQ. Hari Jumaat cari bahan BBQ kat Chow Kit, murah sangat-sangat.
Dari malam dah sediakan bahan-bahan masak dan alatan BBQ. Kena pergi awal sebab nak dapatkan tempat best. Kalau lambat maksudnya panas & sesak.
Kami paling awal sampai, ingat nak lepak tempat lama tapi pondok berharga RM 40 (agak mahal) pastu kawasan mandi cetek.
Alih-alih nampak kawasan ni panas, bersih ade taman. Sesuai sangat sebab saya tak berapa suka tempat yang agak redup kalau kawasan sungai banyak lintah ππ
Ambil pondok no 4. Sampai je terus call no 017-923 8720 untuk book tempat. RM 20 je.
Terus angkut barang letak kat pondok. Masing-masing lapar terus makan roti. Saya sediakan roti ngan teh je, kalau pergi sarapan conform tak sempat amik pondok ni.
Memang sesuai la tempat ni parking betul-betul depan pondok.
Sibuk nak keluarkan alatan BBQ.
Berguna gak bawa radio, nasib dalam bag ade sunblock sebab kawasan ni agak panas.
Bahagian hadapan pondok.
Dah mula hidupkan api, lambat kang lapar lak.
2 ni tak sabar-sabar nak mandi. Sungai ni ade 2 kawasan, kawasan berpasir ( rugi lak tak bawa mainan pasir) dan berbatu. Sungai cetek tapi kena pesan selalu sebab depan tu agak dalam, paras pinggang dewasa.
Ni kawasan berbatu, agak susah budak-budak nak jalan.
Saya suruh Shah Danish susun batu sebelah dia supaya adik-adik boleh mandi, jadikan kawasan macam kolam. Senang budak-budak nak main.
Cantik kawasan ni cerah, matahari baru naik.
Selalu aiskrim lalu, pagi petang makan.
Sambung balik main..segala benda jumpa boleh buat main.
Lapar katanya, nasib saya sediakan daging kicap boleh makan dulu.
Seberang jalan ade taman, walau taman kecil boleh la budak main. Kena tengok selalu sebab taman ni seberang jalan, banyak kereta lalu lalang.
Ade je yang nak berkawan.
Bolehla buat main-main.
Sambung balik mandi walaupun terik.
Berbalik kepada BBQ, owner pondok ade sediakan tempat BBQ dan tong sampah. Senangkan berbaloi dengan RM20.
Kami guna tempat BBQ sendiri.
Ayam wajib..budak-budak ulang makan ni je.
Ikan tilapia RM10 kat chowkit..besar & sedap.
Hasil bakar..cantik je, beli kat kilang Ramli, berbaloi murah.
Bawa la ulam-ulam.
Paling best paling sedap..petai bakar.
Daging kicap untuk budak-budak & sambal petai udang. Makan tu je dah sedap kan.
Hasil kerja keras...ayam 2 ketul besar kejap je hilang π
Sambung balik main, Shah Irfan boleh je main sorang-sorang. Ade kakak tegur boleh ye dia main sorang-sorang..perempuan ke π
Shah Danish dah pagarkan kawasan untuk adik-adik mandi. Macam kolam kan sesuai untuk Shah Irfan.
Jangan lupa pakai sunblock, panas terik sangat...kelabu je masing-masingπ
Sambil baring Shah Irfan.
Penat sangat sampai tertido. Shah Danish tu main-main je.
Kawasan batu besar tu air dalam, rugi Mr.Shah tak bawa baju mandi..ingatkan cetek.
Kawasan mandi berpasir...depan tu kawasan chalet.
Cantik bunga ni.
Nak pergi tandas kena jalan ke depan.. ade jual makanan & minuman. Sempat beli nescafe ngan koko blended, panas sangat tekak nak ais je.
Sungai Benus
Cantik sangat sungai ni. Petang je mendung macam nak hujan, baring-baring sampai tertido. Budak-budak tak nak balik katanya nak tido siniπ Dah petang semakin ramai mandi sebab mendung.
No comments:
Post a Comment