RPP - Rumah Peranginan Persekutuan.
1st time dapat book RPP, sebelum ni dah cuba susah betul nak dapat tarikh. Agaknya lepas PKP, sistem kerajaan pun dah naik taraf & orang pun tak beria lagi bercuti.. terus dapat. Allhamdulilah rezeki, saje nak tengok penginapan yang kerajaan sediakan. Salah satu sebab pilih Pangkor, Mr.Shah cakap RPP ni baru siap, terus la cari tarikh.
Kami pilih tarikh 11-13 Disember 2021. Dah book semua, alih2 ada saudara nak join skali.. apa lagi jom la ramai-ramai.
Tips ke Pangkor :
1. Make sure beli tiket feri awal.
Bukannya apa kalau pergi time cuti sekolah sesak, nak beli kat kaunter mmg tak dapatla. Kesian lak dah sampai jeti tiket habis. So, makesure book segalanya awal2.
- Tiket feri dari Lumut ke Pangkor boleh book kat easybook sahaja. Nah link. https://www.easybook.com/en-my/account/register?raf=2DDF2911 . Dah book kat easybook, tiket akan dihantar melalui e-mail. Rajin2 cek email ye sbb nak cari balik dalam easybook mmg tak jumpa. Lagi satu online tiket ni ada admin fees ya.. ha jangan terkejut lak tengok harga .. naik sikit je.
- Kalau tiket feri dari Marina ke Pangkor boleh beli online kat PangkorFerry.
*Nak beli kat kaunter pun boleh tapi bukan peak time.
Saya buat perbandingan siap2.. so pilihan di tangan anda :
Feri Lumut - Dari jeti Lumut ambil masa dalam 30min. Parking sini ramai sangat orang, make sure sampai awal. Saya ngam2 sampai terus beratur kat feri. Yang Mr.Shah baru nak cari parking.. mau tak cuak kan..nasib sempat. Kalau tiket tulis jam 2, memang feri gerak ngam jam 2, tak de nya tunggu kita ( depan mata ada couple kena tingal feri, feri baru sangat2 gerak, takdenya nak berhenti patah balik tungu kita macam bas). Parking Lumut murah. Saya 3 hari RM32.
Feri Marina - Dari Marina 10min. Parking kat Marina mahal, ikut nasib la, yang berbumbung pun ada. Sediakan duit je. Baca review ade yg 1 hari RM20.
2. Baca review kat Fb -Netizen Pangkor Island.
Nak search motor sewa, Island hoping & aktiviti pantai, bakers for birthday cake, makanan, sewa BBQ, sewa pantai utk dinner cek je kat FB tu. Admin situ Puan Mahani (019-3690099). Puan Mahani ade buat sewa BBQ & makanan.
* nak booking island hoping, make sure cari orang dalam Pangkor. Tak perlu beli kat jeti. Sampai je Teluk Nipah boleh walk-in. Sederet pantai ade je jual. Ni pengalaman saya tanya kat jeti harga RM120, pergi teluk nipah saya dapat RM60 je. Harga utk kumpulan kecil berbeza ya dgn group besar. group besar lagi berbaloi.
Da sampai Jeti, banyak barang kami.. maklumla ramai orang. Gigih bawa meja lipat & peralatan bbq.
Dalam feri, pengalaman tak best.
Feri ni rupanya tak ikut no. seat yang kita book. Duduk la mana2. Konon bayar untuk Qila 3y supaya dia boleh relax tengok laut.. rupanya kena share dengan nenek. Nasibla 30 min je. Ramai gak la yang tak dapat tempat, yang duduk kat tangga pun ada. Sy dah penah baca review feri Lumut mcm tu .. tak de la sentap sangat janji ade tempat kira ok dah..yg penting selamat sampai. So, take note.. kalau jadi, mmg nasibla rezeki kita kat situ je.
Dah sampai jeti, terus call owner motor. Memang dia dah tungu kat area van pink. Kami ramai, so sewa motor 5 biji RM 500.. tapi owner bagus tolak RM50. Bayar RM450. Kami tak naik van pink sbb ulang alik je amik orang & barang. Dari jeti ke RPP Pangkor dekat.. mmg senang la. RPP Pangkor ni area Pasir Bogak. Kalau Teluk Nipah lagi jauh ke dalam.
RPP Pangkor
Tempat check-in/ daftar masuk. Tak perlu deposit.
Dah daftar masuk, akan dapat resit & no pass. Nak masuk rumah kena masukkan pin no.
Bilik kami - Blok Nipah. Jenis chalet ni di belakang skali. Kalau sewa kereta kena parking di bahagian depan - tempat parking yang disediakan ( area tempat daftar masuk). Motor sahaja yang boleh parking sampai depan pintu. Kereta boleh masuk sampai ke bilik time nak check-in/check out sahaja. Kiranya klu parking kereta mmg kena jalan la sampai ke chalet.. takdela jauh kiranya berpeluh gak la. Kalau jenis rumah Banglo dekat la dengan pintu pagar.
Bilik kami, tingkat atas. Boleh pilih bilik bawah kalau tak ramai yang check in. tangga pun tak de la tinggi, budak-budak ok je. Kalau bawa orang tua/OKU pilih rumah banglo.
Ruang tamu luas, kipas sahaja. Balkoni mengadap taman mainan.
Bilik anak-anak.
Bilik ni mengadap bukit.
Bukit ni la..sekali selak langsir nampak babi tengah berlari dgn anak2.. comel je terkedek-kedek lari.
Toilet asing.
Balkoni, buka pintu nampak pasangan kekasih.. comel, tak yah susah-susah cari.
Kawasan luar RPP.
Kawasan ni sangat cantik, bersih.. dikelilingi bukit. Ada RELA jaga + peramah. Disediakan gak tempat BBQ di kawasan rumah banglo. Kawasan ni juga penuh dengan pokok buah & bunga.
Mr. Shah bekenan btul dengan pokok jambu ni.
Dah rehat, masing-masing sibuk nak mandi pantai. Apalagi terus la pasang hammock, kemas & buat bara untuk bbq. Pantai Bogak.
Mr. Shah tengah pasang meja lipat. Gigih cari kat Decathlon.
Hammock.. gigih beli kat shopee. Beli 2 senang.. boleh rehat.
Lama gak la lepak pantai. Sampai ke tengah malam ..baru settle semuanya.
Day-2 .
Island Hoping.
Semua follow.. syok ride sampai Teluk Nipah.
Ni tempatnya saya book Island hoping.
Habis je island hoping terus makan kat area Jeti.
Tempat shoping coklat & perfume.
Area Pasir Bogak ni senang dekat dgn kedai makan & dobi.
Makan kat D'Laksa.
BBQ malam ke-2
Cari tempat lain lak.. area yang sama. Malam ke-2 buat birthday Haziq. Kek order kat orang Pangkor..sedap.
Senang btul perap ni, beli perencah mihun goreng + kunyit + garam.. dah sedap.
Haziq jumpa.
Bangun pagi terus cari breakfast kat area masjid.
1st time try laksa mee, serius sedap sup ni.
Dah jom check out. Sebelum kluar selfie dulu.. cuaca cantik sangat.
Beli tiket feri jam 12.45, tak sempat lak nak shoping. Tak pela nanti datang lagi, syok bercuti kat Pangkor.
Feri balik ni Allhamdulilah elok, bersih & ikut no seat.
Dah sampai Lumut, terus Mr. Shah bawa jln2 cari makan area Ipoh.
Dah habis jln2 Pulau Pangkor.
Rumusan :
1. Tiket feri pergi balik - RM 83.60
Online easybook
2. Hotel - RPP untuk 2 malam RM200
Web SBBPH
3. Motor sewa - 5 biji utk 3 hari RM 450
Jali - 011-2157 3867
4. Kek Squid game - RM 65
Cik Nurul Nabilah 011-6952 1251
5. Kek pisang - RM25
Kak Norfarizan 013-522 4933
6. Island hoping - untuk 1 bot 10 org dewasa 4 kanak-kanak RM 200
Giam Island Watersport, En. Mohd Rizal 011-5666 0696
7. Dinner, bbq - untuk 2 malam RM 300
Barang beli kat pasar area masjid & Billion
No comments:
Post a Comment