Friday, 15 December 2017

Ramly BISTRO KG BATU MUDA

Review makan Ramly Bistro Batu Muda

Balik kerja terus pergi ke Ramly Bistro, ade kawan inform sedap sangat..so nak rasa la apa yang sedap tu. Sebelum ni slalu makan kat Ramly tapi kat kilang,  sebab lepas makan boleh beli barang sejuk beku.

Sangat-sangat berbaloi beli barang sejuk beku di kedai Ramly. Harga murah, pastikan buat kad Ramly untuk dapatkan diskaun.

Kedai Ramly Bistro ni terketak bersebelahan dengan Masjid Saidina Hamzah.  Ala..tepi jalan, nampak la kedai yg tesergam indah tu sebelah masjid. Kilang Ramly area situ gak..dah ownernya duk situ kanπŸ˜†. Bab menu jangan risau, banyak pilihan.. pakej buffet pun ada.

Sebab tu sy suka..maklumla klu keluar makan 1 family... ada 6 orang ..6 pilihan kan. So, datang sini mmg berbaloi. Roti canai, burger, ayam… goreng2 pun ada.

Alamat :   Ramly Halal Kiosk
                 Lot 1 Kedai Wakaf
                 Masjid Saidina Hamzah
                 Kg.Batu Muda, KL.


 Ni time bawa budak2. Mmg banyak order.. mcm2 nak makan. Siap roti john.. bw balik.

SIrfan request roti tisu.. SHaziq chicken chop.


Kali ke-2 datang.



Kan dah cakap mcm2 ada.. ha, kita try cendol lak, peminat cendol wajib try. Pelbagai jenis cendol boleh pilih termasuklah cendol durian. Mr.Shah order cendol pulut RM 6.90, beef grill burger RM 5.50 & fish nugget RM 4.20 (dah licin ..makan panas-panas berebut lak) 

Ni kegemaran saya, hot Cappucino ..  murah RM 3.80. Boleh la.. klu peminat kopi mcm saya, ni biase2 je.

Kali ni datang, try lamb ni, ramai cakap sedap sangat. Harga RM 16.90 (ala carte). Aduiiii .. memang sedapla, murah, tebal..berbaloi πŸ˜‚ Wajib...wajib.. try ok.

Lamb selepas dipotong...tebal kan juicy btul. Wajib datang lagi. Order Chicken drummet untuk budak-budak RM 6.90 ( 6 ketul)

Alang2 dah singah makan, pergila beli barang kat Ramly. Situ berbaloi beli barang2 sejuk beku. Burung, salmon pun ada. Salmon 3 ketul dalam RM 20 ke atas..slalu beli RM 30.. 3 ketul.

1 comment:

RPP FRASER'S HILL

Book sama dengan RPP Pangkor. Survey masa tu tengok ade kosong terus je bayar. RPP ni macam pisang goreng panas. Lambat sikit je habis. Allh...