Wednesday, 13 December 2017

PULAU PANGKOR BAY VIEW RESORT

Travel date: 10-9-2017
Review Pulau Pangkor Bay View Resort
Review Warung Pak Hassan
Review Kedai Makan Deen

Percutian yang tak dirancang, Danish cuti sempena tahun 6 UPSR, Mr. Shah terus ajak jalan-jalan Pangkor. Pulau Pangkor ni kalau time cuti memang padat. Saya tak kan pergi time cuti sekolah, sebab kena beratur kat jeti lama, kesian dengan budak-budak… kang saya yang pening tengok dorang ha..ha.

Mr. Shah parking kereta kat Lumut. Dari Lumut ke Pangkor ambil masa 45 min. Boleh juga parking di Jeti Marina Island (10min je perjalanan, tapi parking agak mahal). Kami pilih parking kat Lumut sebabnya budak-budak mesti nak duk lama dalam feri kan .. maklumla teruja.

Dari KL ke Medan Tempat Letak Kereta Bertingkat (MTLKB), Lumut dalam 3 jam lebih. Terletak di tengah-tengah Bandar Lumut.
1 hari (24jam) = RM 14.40
Total parking = RM 30++ (tak ingat lak yang pastinya murah dah tu, lagipun ada guard)
Parking luas & bertingkat, jangan risau ade CCTV dan guard yang sentiasa meronda kawasan.


On the way nak beli tiket feri ramai akan promote pakej island /snorkeling, paling murah kat sini boleh dapat RM 130 (1 family saya). Rase da murah tapi Mr. Shah cakap cari kat Pangkor leh dapat lagi murah.. what! Ok ..kita check nanti.


Salah satu tips bercuti bawa anak 3, boy lak, benda wajib bawa - mainan, mesti baru, beli je yang murah, kedai ECO, DIY pun boleh. So, focus dia kat mainan, sambil2 tengok kat luar feri. Takdela macam2 hal.

Beratur panjang tau naik feri.
Tiket dewasa RM 10, kanak-kanak RM 5 (pergi balik)
Namapun tiket pergi balik, simpan elok2 tiket… kang takde la tercari-cari.


Cantik lak dinasour Shah Haziq

Dah sampai Pulau Pangkor, keluar je dari jeti terus cari van pink. Van ni akan hantar pergi hotel. Disebabkan time kami pergi hari bekerja, bersepah van pink.. dapatla van pink RM 16 ke Pangkor Bay View Resort.

Pangkor Bay View Resort

Area: Teluk Nipah
Book: booking.com
Check-in :10/9/2017 check-out: 12/9/2017
Total: RM 280 (2 mlm 3 hari)
Motor rent (resort provide): scooter RM40 /motorsikal biasa RM30
Room 502 GF ( 1Q & 1 Single bed)

Sebab utama pilih resort ni :
- resort dekat dgn pantai, kena lintas jalan
- pantai bersih , pasir putih
- depan resort ade jual burger
- kedai makanan banyak, time lunch ade 2 kedai tapi malam mmg suasana meriah, banyak pilihan
- kedai jual barang2 pun ade walaupun kecik

Family Room



Bilik simple tapi luas. Bilik saya ni dekat dengan lobi dan  dekat dengan pool. Kat luar bilik ada watercooler dan pihak resort juga ada sediakan kerusi urut.
Saya sarankan yang mana booking bawa parents, OKU pastikan telefon dulu pihak resort untuk minta bilik bawah. Kesian lak saya tengok mak ayah yang turun naik tangga.


Rehat kejap je simpan-simpan barang terus gerak. Ngam kan 1 family naik scooter (Shah Haziq berdiri kat depan) boleh la.

Terus pusing-pusing pulau, berhenti kejap di Menara peninjau.

Beria Mr.Shah suh amik pic kat sini.

Tokong Fu Lin Kong


Mr.Shah bawa tengok ikan besar. Sempat lagi main, pastu sambung pusing-pusing Pangkor.

Batu bersurat-Kawasan bersejarah Pulau Pangkor

Disinilah terletaknya ukiran harimau (sayang sebab ade kesan conteng)

Kota Belanda


Dah habis pusing Kota Belanda, Mr.Shah ajak makan petang. 

Warung Pak Hassan, Pangkor

Lalu tadi nampak orang jual cempedak goreng beli RM 3. Rehat jap kat , tempat ni wajib korang singgah sbb makanan sedap & murah.


Order laksa untuk budak2, akak tu siap cakap ada laksa biasa & laksa budak (nama ja laksa budak tp banyak). Bagus la toke kedai ni faham je. Saya kalau makan laksa pun xnak ada sayur/bawang dalam laksa.. rimas betul nak makan ha..ha. 
Mr. Shah suh try  roti bakar, so order 2 set special & mee rebus. Trust me, wajib korang cuba kalau datang Pangkor. Laksa, roti bakar tu sedap.. mee pun sama, banyak udang.
Total: RM 17 (murah giler skali ngan air)

Kolam



Sampai je bilik, sibuk nak mandi.. maklumla dari bilik nampak kolam. Tu Irfan mandi kat kolam budak. Seronokla mandi sbb takde orang.. maklumla weekday.

Pantai Teluk Nipah


Da petang mandi kat Pantai Teluk Nipah. Pantai depan resort ramai sangat lepak, so kami naik motor cari pantai yang kurang skit orang. Jumpa la tempat ni. Pasir lagi putih, pantai bersih. Tak ramai lepak.. banyak foreigner. 



Relax jalan tepi pantai sambil kutip siput dan batu karang. Budak2 ni kutip buat kenangan.

Putih pantai


Ade buai lagi, tapi banyak semut besar. Bukan semut je besar, ulat ni pun besar. 1st jumpa lipan ni duk dalam kasut Shah Haziq, terus kami simpan kasut dalam bilik. Ni jumpa lagi time nak gi makan. Jumpa kat pokok, memang sepsis ni besar-besar, anak saya suka sangat. Tekejut gak saya tengok.. ke saya yang jakun ha..ha.

Kedai Makan Deen


Makan malam, Mr.Shah bawa naik motor sampai kat kedai Nasi Goreng Udang. Order Nasi Goreng Udang 3 (kalau utk budak cakap tak nak pedas, tahap pedas ni utk org dewasa), Shah Haziq lak nak nak nasi lemak (special sebab nasi lemak ade telur & sambal ikan). Nasi goreng tu  pedas, tapi Danish boleh je habiskan.. maksudnya sedap la tu, sambal bersulam air.




Sedap gila Nasi Goreng Udang ni, udang besar.
Total Dinner: RM 30 
Tempat wajib korang singgah tau, murah, berbaloi.


Coral Beach


Habis makan, Mr.Shah bawa pusing2 pangkor. Meriah time malam. Sempat melawat Coral Beach. Kapal besar ni betul2 berhadapan dengan Coral Beach Resort. Mula2 mmg nak stay sini tapi Mr. Shah cakap pantai Teluk Nipah lagi cantik..sebab tu check in Pangkor Bay View.




Suka betul dorang pusing-pusing pangkor naik motor. Seronok sangat sampai Irfan terjatuh kasut. Haziz cakap monkey dah ambil kasut Irfan.. Betula kut sebab da pusing tempat yang sama, tak jumpa pun kasut Irfan. Jawabnya beli baru la ha..ha.


Hari ke-2

Good Morning Pangkor.
Baru bangun cari makanan. Sarapan kat pekan, ade gerai nasi lemak ramai orang, so kami join. Ramai mesti la sedap kan. Terlupa nak snap pic sebab ramai sangat. Makan nasi lemak (specialnya ada sambal ikan tongkol), roti canai. 
Total breakfast : RM 17 


Baru nak gerak.

Lepas makan, jom melawat kawasan. Pagi-pagi ni best cantik..sejuk.

Laluan hutan, tenang.. pusing 1 pulau.

Masjid Al-Badr (MASJID TERAPUNG PULAU PANGKOR)

Dibina pada 7 Mac 2014, Masjid ini juga dikenali sebagai masjid Al-Badr 1000 selawat. Hasil inspirasi dari Menteri besar Perak. Masjid ni siap pada 2016. Masjid ni last la utk lawatan hari ke-2 ni. On the way balik, cari makan dulu. Untuk lunch order kat sebelah resort je.

Cantik sangat. 



Pulau & Snorkeling

Jalan2 depan resort, terjumpa Pakcik Ismail ni nak kasi pakej snorkeling utk 1 family RM 60 ( ade yang RM 50 ) sebab da banyak cakap dengan pakcik ni ambil la pakej dia lagipun murah sangat tu kalau nak di bandingkan dengan pakej kat luar.

Kul 3 petang saya call Pakcik Ismail. Time tu ikut kesesuaian kita. Saja pergi kul 3pm sebab tak nak la awal sangat..panas terik. Nanti pakcik akan hantar tour guide. Pakej snorkeling ni siap dengan lawatan pulau & fish feeding.

Semua tempat tu pergi, jangan risau.. tour guide ada kan, dia akan explain semua bab pulau. 



Ni first time Danish naik bot laju… duduk hujung lak. Saya mmg penakut siap pegang tapi budak2 ni relax je.. enjoy betul dorang naik bot ni.


Antara gambar yang sempat ambik Teluk Segadas. 



Banyak pulau pergi tapi tak sempat nak amik pic sebab focus betul dengar tour guide tu cerita pasal pulau2 kat situ. Terbaik la service & kami berpeluang melihat banyak tempat menarik seperti  Teluk Segadas, Monkey Bay, Whale Rock, Crocodile Rick & Turtle Rock. Itu antara tempat yang saya ingat, banyak lagi tempat yang disebut tapi tak ingatla..nama pun pelik ha..ha.



Pulau Giam

Pulau ni la tempat snorkeling, tempat rehat. Pastikan bawa makanan, minuman..biasala dah rehat kan mesti nak makan2.  Kita boleh stay kat Pulau Giam ni sampai lewat petang. Nak balik call je tour guide tu. Kalau nak repeat pergi pun boleh call je..deal je dgn tour guide. 


Dah mendarat.. suka sangatla. Cari tempat nak letak barang. Ramai je kat situ, yang bawa anak tu selalu la tengok. Make sure baju pelampung tu berfungsi.

Aktiviti 1st, fish feeding... banyak ikan. Haziq mmg suka sangat aktiviti macam ni.

Mr.Shah tolong cek baju budak2 ni.

Pengalaman baru.

yeaaaa.. Adik jumpa fish...Ala da mati mama 😢

Ikan tu Haziq nak bawa balik..siap letak tempat spesial lagi. Mr. Shah dengan Danish jauh berenang. Dorang je la yang berani. Saya kat tepi2 je tengokkan Haziq & Irfan.

Cantikkan air laut..jernih.


Danish ni semua tempat dia pergi,seronok sangat katanya.Yang kecik ni asyik suruh mama teman. Lama lepak di Pulau Giam sambil mandi dan makan-makan. Da lewat petang kul 7 lebih baru call tour guide ambil. Itupun sebab baru sedar semua dah beransur balik hii.

Sampai je Pantai Teluk Nipah, sambung main pantai, kali ni kutip kerang & batu karang. Seronok tengok anak-anak main. Kalau Irfan ni lebih kepada main pasir je..dia nak berenang mmg tak la.
Holiday kali ni memang berbaloi, betul2 bercuti, tak ramai orang lak. Next time mmg kena gi Pangkor time weekday.




Kejap je kat pantai,terus balik. Budak2 pergi mandi kolam dulu. Saya relax je stay kat tepi kolam sambil tengok burung enggang. Burung ni kebanggaan Pulau Pangkor. Nak tengok enggang tak payah jauh-jauh, belakang resort banyak. Ni area kolam, time maghrib.. tersusun je burung enggang.


Dah la untuk hari ni. Untuk makan malam malas nak jalan2 jauh, pegi depan resort je. Makan malam untuk hari ke-2 ni, Ikan kerapu bakar sambal, sotong goreng tepung, kankung belacan, air kelapa. Total RM 70 (bagi saya makanan kat area Teluk Nipah agak mahal, makan tengahhari pun sama, bab rasa.. ok je). 

On the way balik abg jual burger dah buka kedai.. beli 3.. amboiii. Dah namanya bercuti kan. Balik lepak kat resort sambil berurut, nak rehatkan badan..besok dah nak balik.


Ni gambar kat kedai makan.. kedai makan kat atas, bawah tu laut.. ramai lepak tepi laut siap buat bbq. 


Besoknya beli sarapan kat area resort je. Sementara nak tunggu check out, Mr. Shah teman budak2 mandi laut ngan kolam. Saya lak kemas2 barang. Nak check out, bahagian customer service resort akan tolong call van pink. Saya bayar RM 16 tuk ke jeti. Pastikan tiket feri ada… itu je la.



Kejap je tunggu feri dah sampai, memang berbaloi la jalan time weekend ni, semuanya mudah, cepat & murah. Ni cara saya la, pantang ade cuti macam ni mesti jalan-jalan, yang penting sebelum tu kita dah banyak baca perihal tempat tu, banyak baca blog, baca review tempat yg nak dituju,  cari tempat menarik, makanan sedap dan yang penting cek harga. So semuanya mudah.

Bye..bye Pulau Pangkor .. wajib datang lagi.

No comments:

Post a Comment

RPP FRASER'S HILL

Book sama dengan RPP Pangkor. Survey masa tu tengok ade kosong terus je bayar. RPP ni macam pisang goreng panas. Lambat sikit je habis. Allh...