Book sama dengan RPP Pangkor. Survey masa tu tengok ade kosong terus je bayar. RPP ni macam pisang goreng panas. Lambat sikit je habis. Allhamdulilah rezeki kami. Dah tengok-tengok RPP Morib, PD tapi tak berkenan lak.
Lagipun kami tak pernah jalan-jalan Fraser's Hill lagi. Saje bawa anak-anak tengok tempat baru, sejuk lak.
Makan kat Pekan Raub, Kedai Restoran Abe Nik. Makan lunch RM48.
Pusing2 pekan raub cari makanan, nampak kedai ni tak ramai orang pastu selesa.. singah je la janji boleh isi perut.
Kenapa lalu Raub.. sebab ni la. 2 biji XO , RM 145.
Lepas lunch terus Mr. Shah cari di Raub 29 Durian Station
Qila rase sikit je. Ni mesti sebab last time makan durian Musang King. Mula-mula dia rasa durian kampung, beria gak makan. Alih2 saya suap Musang King terus tak nak... yang abang2 tak yah cakapla mmg peminat durian.
RPP Fraser's Hill.
Pagi nak bertolak , staff kat RPP ade call untuk conform kedatangan.
Staff juga remind :
1. bawa towel
2. isi minyak penuh di bawah.
3. check-in sebelum jam 5 sebabnya lepas jam 5 memang tak de orang kat kaunter.
Jangan risau, kawasan RPP ni berpagar hanya guest saja yang stay dalam RPP. Orang luar memang tak dibenarkan masuk. Sebab tu la setiap bilik akan dapat kunci & remote untuk pagar.
Dari bawah kaki bukit nak naik ke Fraser's Hill ambil masa sejam lebih. Dah sampai kat atas jumpa clock tower, ambil masa dalam 15 min lagi ke RPP. Kiranya RPP ni paling hujung atas bukit.. berbaloi sangat dengan permandangan, suasana & harga.
Jalan nak masuk, atas bukit.
Remote pagar.
Ni blok kami. BANGLO A.
RPP ni sediakan 2 biji banglo besar.
Rumah Banglo 6 bilik RM 250.00.
Bilik besar RM 60 & bilik kecil RM 60.
Pintu masuk, kena masukkan kod nombor.
Pintu masuk utama.
Masuk je ruang tamu. Ruang tamu, dapur .. kita share bilik lain. RPP ni memang luas betul. Terasa gak la berjalan ke ruang tamu & dapur.
Bilik kami. Dalam bilik pun ade ruang tamu & toilet.
Time book bilik, katil queen. Tak sangka dapat bilik bawah siap dengan katil single. Berbaloi sangat dengan RM 60.
Nak keluar masuk kena masukkan nombor.
Peti ais dalam bilik kecil je.. Kat ruang dapur ade peti yang lagi besar. Boleh la nak simpan barang-barang masak.
Tandas luas tapi heater tak berapa panas, kena buka full.
Pintu balkoni. Tak payah buka aircond, buka pintu pun dah sejuk.
Kawasan luar banglo.
View dari balkoni.
Senang sangatla bilik ni.. jenguk kat luar dah nampak anak-anak main. Keluar masuk je budak-budak dari bilik dapur ke taman.
Tengah makan, relax je
View dari Banglo B.
Ambil gambar bunga buat kenangan.
Antara kemudahan yang ada di RPP. Blok B. Kayu golf bawa sendiri.
View dari taman mainan. Time ni 6pm.
Jam 6.30pm.
Jam 7pm, Mr. Shah suh prepare barang makanan. Apalagi..cergasla. Yang senangnya semua peralatan ada dalam kabinet. Pastikan selepas guna basuh balik.
Mulanya amik port ni..sebelah tempat bbq. Ye la ..ingatkan ramai nak guna tempat bbq. Memandangkan kami memang dah bawa bbq pit, bagi je la orang lain guna. Sekali hujan rintik-rintik.. terus pindah.
Kelam kabut pindah barang.
Suhu 11'c.
Menu dinner kami.
Kedai makanan Hamzah
Breakfast di kedai Hamzah. Sangat berbaloi.
Saya makan nasi lemak sotong, nasi lemak rendang ayam, roti canai 2 keping & bungkus nasi lemak telur mata 3, RM 28 skali air.
Taman Lady Guillemard
The Paddock.
Aida Daniya Restaurant & English Teahouse.
Dah habis percutian kali ni untuk bulan February 2022.
Kesimpulannya, memang best Fraser's Hill. Memang akan repeat. Anak-anak suka sangat jalan-jalan sambil menikmati alam.
No comments:
Post a Comment