Saturday, 9 December 2017

BAYOU LAGOON

Tarikh:11.11.2017
Review Bayou Lagoon, Melaka
Info dari kawan dapat murah dengan owner unit, apalagi call tuan rumah untuk booking.
Boleh book dengan En. Ahmad (apartment owner Bayou Lagoon) di 013-610 2545.


Jom jalan2.

Walaupun saya orang Kedah, suka sangat masakan negeri lain. Salah satu masak lemak ni. Sampai je kat tol Rembau, jumpa kedai Pak Raub. Masuk tol semata-mata nak makan masak lemak cili padi yg kaw melekat..sedap sangat & murah. Siap tapau kuih muih utk minum petang.

Bayou Lagoon Amani Villa
Bilik apartment A-10-7
( 2 bedroom aparment : RM 250 murah kan + free 4 waterpark)
kalau nak beli tiket waterpark boleh beli dengan unit owner..sangat murah.

Ruang tamu yg besar

Apalagi.. terlampau teruja sebab da lama tak main air (takde la lama sangat rasanya selalu bawa mandi kolam)

Kalau dah nama Bayou Lagoon memang ramai sangat orang

Budak2 mmg suka la bab mandi kolam ni. Baru perasan ramai pula pakai baju renang yg sama, beli kat DIY πŸ˜†

Shah Irfan, 3y main kat situ ja la.

Semua mainan dia cuba

Petang memang ramai, lepas mandi budak-budak mesti lapar, pastikan bawa makanan.

Seronok sangat

Shah Haziq suka mandi kat situ, Shah Irfan tmpt cetek je. Lama la mandi sampai orang dah takdeπŸ˜† Jom blk bilik..malam nak cari makan lak.

Malam, makan dekat Umbai Parameswa
Menu wajib :Nasi lemak Umbai

Umbai ni sentiasa penuh,ni bulan November kalau Disember πŸ˜† 
Pastikan sorang cari tempat duduk, sorang lagi berbaris pilih seafood
Pastikan tengok anak-anak, kawasan umbai kat meja belakang yang berdekatan dengan pantai tu ade monyet, kalau kawasan depan banyak jual mainan.
Anak-anak saya memang dah ajar, pergi makan je tak boleh beli mainan, Alhamdulillah 3 orang ni faham, cuma cakap nak tengok je 😁

Baru dapat makan, lama tunggu.

Menu: Ikan Bakar sambal, sup sayur, sotong goreng tepung, lala masak halia : RM 126 
Semua jenis siput kegemaran Shah Danish, kalau pergi mesti ambil 1 jenis siput, malangnya pahat dah habis.

Pemandangan pagi dari apartment, cantik sebenarnya nak tangkap gambar pelangi tak nampak lak.
Bangunan sebelah Melaka Gold Coast, yg tu pun best.

Bangun je terus sarapan roti. Mmg dah beli siap2..senang nnti bangun pagi mkn ape yg ada.

Awal pergi mandi, time ni tak ramai orang agaknya orang pergi sarapan dulu kat hotel ( kalau beli dekat unit owner tak de sarapan ) 

Pagi br berkesempatan main mainan yg ada. Sbb tu ramai pilih datang sini. Bestnya.. siap ada  taman tema kecil, budak-budak seronok sangat pastu tiket murah.
1 game RM 3

Naik keretapi Shah Irfan & Shah Haziq, tak sesuai tuk abang

Shah Danish nak naik ni, teruja dia

Game ni paling best, sebab mama tak mampu nak naik macam kat Time Square yg ni kira da okπŸ˜‚ Jam 10.30 baru naik bilik..kemas2 nak check-out.

Lobi hotel.

No comments:

Post a Comment

RPP FRASER'S HILL

Book sama dengan RPP Pangkor. Survey masa tu tengok ade kosong terus je bayar. RPP ni macam pisang goreng panas. Lambat sikit je habis. Allh...