Boleh book di sini: You will get 10 % of your trip back.
Kali ke 2 datang, sebab Shah Irfan asyik sebut nak pergi pantai. Saje-saje tengok booking.com terpandang lak harga Pantai Puteri ni RM 115 (selalu tengok harga RM135) terus book. Tempat ni sesuai sangat untuk short vacation-Highly recommended.
#hotelbeachpoolfoodnice
Shah Haziq seronok sangat sebabnya tak cerita pun nak pergi pantai.
Tempat wajib makan, masuk tol Rembau sebelah kiri, Nampak kereta banyak parking tu..ye la tempat makan yang paling sedap dan murah. Kedai tak bernama Pakcik Raub, kedai tepi jalan.
Pelbagai lauk, makan tengahari kali ni anak-anak ambil ikan keli dengan sayur labu (suka sangatla boys ni ikan keli). Mr.Shah mesti ambik itik & daging salai, saya daging salai, perut. Sedap sangat la masak lemak cili padi orang Rembau ni. Makan kat sini tak payah order air memang disediakan air sirap setiap meja.Total makan semua RM30 ( murah gile).
Kat depan kedai jual kerepek (pelbagai kerepek), dengan kuih muih sedap sangat, kuih raya, tapai ubi pun ada. Memang banyak la membeli, paling suka kerepek pisang.
Highly recommended kedai makan Pak Raub.
Yeah dah sampai. On the way banyak sangat jual durian dan rambutan. Check-in dulu, sebab on the spot booking tak dapatla bilik yang di idam, memang ngam ada 1 je bilik (1 Q). Bersesakla semua ๐
Lobby room, ade aiskrim.
Terus tukar pakaian, kali ni datang Pantai Puteri ni sejuk sangat, Mr.Shah tunjuk 24oc.. patutla. Cuaca sangat sejuk macam Cameron highland, memang saya tak mandi lansung. Budak-budak tak payah cakap le redah je.
Seronok sangat mandi kolam.
Shah Irfan memang mandi kat tepi je la.
Dah petang sikit main kat Pantai Puteri, cantik sangat pantai ni dengan cuaca mendung sejuk.
Budak-budak ni bukanya nak mandi laut sangat,lebih kepada main pasir je sebenarnya.
Segala mainan bawa, mama punya tempat basuh tangan pun ade๐
Lama juga la lepak sini, tengok sekeliling banyak juga jual makanan dan aiskrim. Lupa lak nak bawa duit, makan apa yang ada je la. Kereta kuda, mainan buih pun ada.
Betul-betul hadapan hotel, seberang jalan.
Nyaman, sejuk, relax sangat lepak kat sini. Ramai yang lepak, bina khemah dan buat barbeque. Macam menarik kan. Kawasan ni memang disediakan tapak khemah. Kalau hadapan dengan hotel, tandas agak jauh, malam pulak tandas tutup๐
Sejuk pun boleh, Shah Irfan je takut nak masuk.
Lama juga lepak, penat lak rasa sebab duduk atas pasir je, cepat-cepat mama suh balik๐
Balik bilik je Mr.Shah ajak naik bot, tak payah tanya budak-budak mesti nak. Semua dah kenyang makan roti kat pantai terus je pergi Melaka River Cruise. Ternampak clown, teruja Shah Haziq terus minta duit kat mama.
Semua nak pergi kecuali Shah Danish ..katanya tak berminat๐ Adik-adik sibuk nak, bro ni sangat mesra dengan budak-budak. Bayaran... seikhlasnya ๐ Bagus bro ni alert anak mama ade 3..siap panggil Shah Danish tapi malu sangat la abang ni, Shah Irfan lak yang pergi ambil belon abang. Nasibla siapa dapat... bro clown buat tempat panah ngan pedang.
Tiket dewasa (harga berbeza weekend/weekday) weekend RM 18, kanak-kanak RM6.50. Harga baru untuk 2018, banyak lak naik.
Cantik sangat pemandangan malam.
Lama juga la pusing bot ni.
Da habis terus gerak cari makan. Lama juga la dalam kereta ..jem kat Dataran Pahlawan. Maklumla cuti, ramai sangat orang siap ada jual-jual macam uptown.
Lama sangat dalam kereta sampai semua tertidur. Memang lapar sangat, cari kedai makan tepi jalan je.. jumpa kedai Thai redah je masuk. Makan malam tak sempat nak snap..terlampau lapar, bangunkan Shah Danish makan. Adik-adik biar je tidur. Makan malam tom yam campur,telur dadar lala masak halia (paling sedap), udang tepung + air RM 28. Murah sangat dan sedap, memang licin la semua Shah Danish pingan dewasa pun habis๐.
Balik bilik terus tidur kenyang.
Sarapan pagi tempat yang biasa pergi, banyak sangat pilihan, lauk tengahhari pun ada. Pilih nasi lemak, roti canai, mihun + air RM30 siap tapau mihun & ayam peha 2 ketul.
Balik sarapan terus mandi. Mama ingat nak juga join tapi sejuk sangat-sangat... nak rendam kaki pun tak mampu. Duduk relax je la.
Shah haziq berlatih berenang.
si tembam dengan si kurus๐ abang adik ..adik lagi besar
Papa ajar Shah Haziq berenang..Shah Irfan takut duk kat tepi je la.
Kali ni datang Shah Haziq dah boleh berenang kolam dewasa. Jam 10am mama dah suruh naik sebab sejuk sangat, sempat jamah mihun goring kat tepi kolam baru naik bilik.
Balik singgah makan kat tepi jalan.
Besar betul ikan jaket. Mr.Shah amik ikan keli salai masak lemak..tak sedap katanya... kena makan kat Rembau le gamaknya.
On the way balik..ramai betul jual rambutan durian. Berhenti kat 1 kedai, mahal lak jual durian kampong sekilo RM18. Jalan lagi sampai jumpa pakcik kat tepi jalan, Pakcik jual durian sekilo rm13 (durian Nyalas katanya). Mesti la beli 2 biji besar RM33. Sedap sangat durian kampong , rezeki btul dapat durian kampong kuning. Tengokla budak-budak ni makan. Shah Haziq paling suka sebab dah sebut banyak hari nak makan durian.
_________________________________________________________________________________________
Tak pernah sampai lagi Tanjung Kling, selalu pergi kawasan Pantai Pengkalan Balak.
Nampak hotel ni sebab nak booking tempat lain, alih-alih rancang 3 family jalan-jalan.
Nak relax bawa anak-anak boleh datang sini sebab dekat dengan KL( 2 jam lebih perjalanan).
Seronok baby ni nak jalan-jalan.
Dah sampai Melaka, masuk tol Alor Gajah berhenti makan kat Medan Selera Pasar Menggong Alor Gajah, yang terkenal dengan Cucur Udang. Google je Medan Selera Menggong, ade pelbagai makanan, saya selalu order cucur udang, sate, nasi ayam.
Dah sampai Hotel Pantai Puteri
Book : Booking.com ( 3 bilik )
Harga : 1 bilik RM 105 (murah giler sebab saya dapat bilik 1 katil Q & 1 single)
Saya selalu book melalui booking.com, lagipun dapat genius rate, harga murah ๐
Pemandangan depan hotel, kena seberang jalan nak ke pantai, kalau yang bawa anak-anak kecil pastikan sentiasa tengok ye.
Dah check-in: 6th Floor ,Room 603 ( 1 Q & 1 S)
Bilik berhadapan dengan kolam.
Semua tak sabar nak mandi kolam.
Kolam budak , yang penting bawa makanan.
Paling pandai berenang dari yang lain, ni la Shah Haziq, agaknya sebab badan ringan senang dia nak melompat ๐
Dah ramai-ramai mandi mesti la seronok.
Kolam dewasa
Dah lama kat kolam, bawa budak-budak mandi pantai, main pasir
Cantik pemandangan
Lupa nak snap pic dinner, sebab budak-budak ramai, biasela mak ayah layan ke anak-anak yang macam-macam hal. Jangan risau restoran banyak.
Morning ๐
Untuk sarapan jangan risau, kalau tak nak ambil hotel breakfast boleh cari makanan kat depan hotel. Ade bace review yang makanan hotel ni sedap, so next time boleh try.
Keluar dari lobi hotel pun ade warung kecil, banyak pilihan (mak & ayah pukul 7 dah gi breakfast, kitaorang baru bangun ๐).
Mood jalan-jalan cari makan tu ade so kitaorang naik kereta pusing. Jumpala 1 kedai pelbagai makanan. Teruja saya sebab banyak sangat pilihan makanan roti canai, sup, nasi lemak macam-macam lagi. Lauk nasi lemak pun pelbagai yg bestnya ade sambal sotong, kerang, nipah yang penting makanan orang Melaka, sedap sangat dah tu MURAH ๐
Dah sarapan sambung mandi.
Wajib pakai sunblock. Lepas mandi saya akan sapu lotion cosmoderm Vit E. Kalau tak memang 3 beradik ni kelabu ๐
Syok dia, Shah Haziq wajib bergambar macam ni.
Kalau gi sarapan, make sure beli lebih lepas mandi mesti lapar balik.
Check-out
Sempat lagi.
Yang ni je baik, harap adik ngan abg memang tak la
MESTI datang lagi.
Hotel cantik, front desk hotel sangat membantu, layanan mesra.
Hotel environment memang best, tenang.
Bilik besar, bersih, harga pun sangat-sangat berpatutan.
Sedih ke ape ni..jom balik.
No comments:
Post a Comment