KUALA LUMPUR - LANGKAWI - SUNGAI PETANI -KUALA LUMPUR
JOM .. nak share jalan-jalan cara kami
Lepas je kerajaan umum boleh rentas negeri, dalam kepala ni nak balik kampung. Tapi mengenangkan rakyat Malaysia semua berlumba-lumba balik.. hold dulu niat.
Alih-alih Mr. Shah sugest balik naik kapal terbang, katanya bulan 10 tak ramai lagi nanti bulan 11 / 12 ramai.
Apalagi, trus tgk apps & book. Mula-mula rancang dr KL ke Alor Star , mahal lak..terus kami pilih KL-Langkawi. Alang-alang bejalan skali.
Date : 24/10/2021 - 27/10/2021
Dr rumah book Airasia ride : base fare RM77 (6 seater m/car) + toll fare RM 3.50
Total : AA ride dr Sentul-KLIA2 -RM 80.50
Tiket Air Asia untuk 6 orang (3 dewasa 3 kanak)
Total : RM 347.74 termasuk makanan 3 set + pilih seat
Total : RM 347.74 termasuk makanan 3 set + pilih seat
Sampai je Langkawi jam 7.30pm, amik AA ride ke motel.
Total : LGK airport - Mazza Nur motel, Kampung Lubok Buaya RM 13
(Dr KL sy pilih AA ride sbb lg murah dari Grab)
- 1st penginapan - Motel
Mazza Nur Motel
Apps: Booking.com
Rate: RM 52.54 (no deposit)
Ambil motel ni sbb sampai dah malam ,berbaloi dengan harga sbb nak tido je. Bilik sangat bersih, toilet pun sama. Tilam dan bantal sangat selesa. Sesiapa yg nak budjet stay boleh check in sini. Owner stay kat depan motel, so senang la nak roger klu perlukan apa-apa. Bab makanan, kedai runcit & kedai dobi dalam 10 min jalan kaki. Jalan kluar sikit dah jumpa kedai makan.
Untuk dinner kami makan kat kedai Briani kambing grill, dari motel belok kanan trus nampak kedai.
Menu dinner kami RM 33.
Set bawal emas + kuah kari RM10
Jalan2 kononnya morning walk..alih2 jumpa kedai makan ..dalam 15min.
Pilihan makanan banyak sangat & murah, berbaloi sangat. Siap beli extra untuk cover gi Island Hoping.
Kedai ni berdepan dengan The Villa Langkawi.
Aktiviti hari ke-2 pagi :
Island hoping book dengan Kak Ila (019-441 0601) RM 250 (private boat)
Pulau Dayang Bunting
Pulau Beras Basah
Eagle feeding
Pakej Kak Ila ni senang, dia hantar van untuk ambil dari motel.
Kereta sewa (017-566 4352) Proton Saga RM 120 ( 2hari)
PULAU DAYANG BUNTING
EAGLE FEEDING
Sampai je pemandu terus campak kulit ayam, punyala banyak helang. Berbaloi sgt dapat tengok view ni, pemandu cerita kawasan pulau depan tu dulu ada mini zoo, tapi lama2 terbiar je. Sayang kan. |
PULAU BERAS BASAH
Ni kawasan sebelah jambatan, tempat snorkeling. Kalau berminat mintak je kat pemandu boat. 1 oang RM10. Harga dah murah sangat, tapi Mr. Shah tak berminat katanya nak share tempat snorkeling tu time covid ni..agak menakutkan.
Habis island hoping jam 1pm. Sebelum tu saya dah cakap kat owner motel untuk extend sbbnya balik lambat. Cek out jam 3pm , sepatutnya rm10 untuk 1 jam tapi owner suh bayar rm 30 je. Lupa nak cakap, motel saya duduk tu check out jam 11am. Check out je Motel Mazza trus check in kat The villa Langkawi, rupanya jarak motel ke villa 10min je naik kereta.
- 2nd penginapan - Hotel
The Villa Langkawi
Apps: Booking.com , free breakfast
Rate: RM 165.81 , deposit RM 50 (dipulangkan time check out)
Tempat reception berdepan dengan kolam. Bilik jenis Premium deluxe sahaja berdepan dengan kolam. Kalau family room di bahagian belakang. Ruang lepak & santai. Saya sewa tilam RM 30 untuk sehari.
Dari luar biasa je hotel ni, nampak sempit tapi dah masuk dalam.. bagi sy cantik, berbaloi dengan harga, breakfast pun sedap.
Aktiviti hari ke 2 petang :
Laksa Kaw ikan Sekoq, pantai Airport
Jalan-jalan kat Dataran Helang
Shoping coklat kat Hig
Serius coklat dah habis time ni. Daim hilang dari pandangan ..dah lari gi Pulau Pangkor ( tengok dekat group Langkawi, ramai komen coklat kat pangkor).
Untuk dinner hari ke-2 kami makan di Berapi Ikan Bakar.
Ikan jenahak 100gr RM 9.9
Kerang 100g rm 5
Pahat 100g rm 5
Sup cendawan
Total RM 178, ok tu , ikan jenahak bakar mmg sedap sangat , girl saya pun makan banyak. Sebelum pergi survey dulu tempat makan, tengok kat group ada 1 kedai makan kat Cenang, Restoran Haji Hasan murah..so pandai2 la cari.
Hari ke-3
Lunch kali ni Mr.Shah ajak makan kat area Kuah.
Restoran Kak Tie nasi campur , Padang Maksirat, Kuah Langkawi. Berbaloi sangat la dengan harga...banyak lauk, bakar2 & ulam. Masing2 amik 2/3 jenis lauk.. maklumla teruja semua tengok lauk lain dari yg lain. Kat KL mmg dah selalu tengok. Total makan RM47.
Book resort ni lepas Mr. Shah cakap, jom la stay 1 hari lagi. Ingat nak ambil hotel sama The villa, malangnya hari tu full . Alih2 buka booking trus cari..jumpa resort ni. Tu pun tingal 1 bilik je... cepat2 book.
- 3rd penginapan - Resort
Virgo Star Resort @Cenang room with pool
Apps: Booking.com
Rate : RM90.03 , depo RM50 (dipulangkan time check out)
Overall, resort ni berbaloi sangat dengan harga. Untuk breakfast tambah RM10 je untuk 1 org (termurah yg saya jumpa). Pool sesuai untuk budak2. Cuma resort ni smoking area, pengunjung yg datang selamba hisap rokok tepi kolam depan anak2. Bagi sy la yg tak biasa tengok orang merokok terang2 rasa pelik, maklumla ..ahli keluarga sebelah saya & husband tak merokok.. serius nampak annoying.
Bab lain semua ok..jangan risau.
Percutian kali ni kelakar lak rasa, main book je hotel tak sangka 3 hotel yang saya pilih area yang sama, tak bekenan pulak hotel2 area Kuah.
Aktiviti kami hari ke-3 :
Cari makan kat Laksa Sekor
Melawat Dataran Helang
Hig - beli coklat
Pantai Kok
Pantai Pasir Hitam
Pantai Cenang , lepak sampai malam
Paradise 101 kat hujung tu je.. pulau kecik depan tu, sesuai la yg nak bergambar. Berjalan kat pantai ni, kena hati-hati, banyak obor-obor.
Pool hotel ni boleh mandi sampai jam 11pm.
Syok sangat budak2, walaupun full day berjalan, balik boleh lagi terjun pool. Memang tido lena la malam tu. Besok ngam jam 12pm check out.
Lepas check out, terus Mr. Shah ajak makan kat area yg sama. Kali ni try kedai sebelah Kak Tie, tak pasti nama kedai apa..tapi kedai ni ada gazebo untuk makan kat luar.
Serius berbaloi makan area sini. Total makan RM72.. ikan siakap bakar. Anak2 ambil 2 jenis lauk. @ kali makan area sini anak2 ambil paru goreng sambal.. sedap sangat katanya.
Lepak makan, terus gerak ke feri.
Tiket feri dr Langkawi - Kuala Perlis, total RM88 ( 2 adult 4 kids)
Tiket feri saya beli kat kaunter. Ni adik yg kat hotel suh beli awal, katanya kalau direct hari tu nak balik mmg tak de tiket. Nasibla dia cakap, terus saya gi cari tiket. Nasib juga jumpa org yg baik dapat tiket emergency. Kalau ikutkan mmg tiket utk hari tu dah habis.
Nasib baik 1 jam je.. penat badan seat macam tu.
Da sampai jeti Kuala Perlis. Dari sini amik grab hantar ke KTM Arau.
Total : Grab jeti Kuala Perlis ke KTM Arau RM 19
Total : Komuter Arau - SP (2 Adult 4 kids - rm 29.60)
Dari KTM Sungai Petani, saya ambil grab RM 11 sampai ke rumah parents. Duduk kampung 5 hari baru balik ke KL.. Tiket ETS - Kl Sentral mmg dah book awal lagi. Tiket ETS tu dapat murah, sempena pembukaan cuti selapas PKP... kiranya dapat tolak RM10 setiap orang.
Total : Train ETS SP - KL Sentral RM 224
Dah habis percutian cara kami. Semingu jugala bercuti.. relax kan diri dan family. Untuk next percutian,cuti sekolah saya pilih Pulau Pangkor. Saja nak cari view laut...lagipun dah lama tak pergi Pangkor.
No comments:
Post a Comment