Tuesday, 19 December 2017

JANDA BAIK BBQ

Tarikh : 16/12/2017


Banyak program nak bawa budak-budak berjalan. Disebabkan bulan ni mood berkhatan, semua holiday kena tangguh sampai betul-betul baik. Mula-mula rancang nak gi BBQ di pantai.. Bagan Lalang, nak cari chalet / hotel tapi semua da penuh, maklumla cuti sekolah.

Mr.Shah dapat idea buat BBQ kat Janda Baik. Menarik kan. Pernah bermalam di Janda Baik, Tams Chalet.. seronok sangat budak-budak. Malam jam 8 memang semua da tutup, sangat selesa tenang duduk kat chalet. Paling best sarapan di Janda Baik.

Bersambung cerita BBQ. Hari Jumaat cari bahan BBQ kat Chow Kit, murah sangat-sangat.


Dari malam dah sediakan bahan-bahan masak dan alatan BBQ. Kena pergi awal sebab nak dapatkan tempat best. Kalau lambat maksudnya panas & sesak.

Kami paling awal sampai,  ingat nak lepak tempat lama tapi pondok berharga RM 40 (agak mahal) pastu kawasan mandi cetek.

Alih-alih nampak kawasan ni panas, bersih ade taman. Sesuai sangat sebab saya tak berapa suka tempat yang agak redup kalau kawasan sungai banyak lintah 😁😁

Ambil pondok no 4. Sampai je terus call no 017-923 8720 untuk book tempat. RM 20 je.

Terus angkut barang letak kat pondok. Masing-masing lapar terus makan roti. Saya sediakan roti ngan teh je, kalau pergi sarapan conform tak sempat amik pondok ni.

Memang sesuai la tempat ni parking betul-betul depan pondok.

Sibuk nak keluarkan alatan BBQ.

Berguna gak bawa radio, nasib dalam bag ade sunblock sebab kawasan ni agak panas.

Bahagian hadapan pondok.

Dah mula hidupkan api, lambat kang lapar lak.

2 ni tak sabar-sabar nak mandi. Sungai ni ade 2 kawasan, kawasan berpasir ( rugi lak tak bawa mainan pasir) dan berbatu. Sungai cetek tapi kena pesan selalu sebab depan tu agak dalam, paras pinggang dewasa.

Ni kawasan berbatu, agak susah budak-budak nak jalan.

Saya suruh Shah Danish susun batu sebelah dia supaya adik-adik boleh mandi, jadikan kawasan macam kolam. Senang budak-budak nak main.

Cantik kawasan ni cerah, matahari baru naik.
Selalu aiskrim lalu, pagi petang makan.

Sambung balik main..segala benda jumpa boleh buat main.

Lapar katanya, nasib saya sediakan daging kicap boleh makan dulu.

Seberang jalan ade taman, walau taman kecil boleh la budak main. Kena tengok selalu sebab taman ni seberang jalan, banyak kereta lalu lalang. 

Ade je yang nak berkawan.

Bolehla buat main-main.

Sambung balik mandi walaupun terik.

Berbalik kepada BBQ, owner pondok ade sediakan tempat BBQ dan tong sampah. Senangkan berbaloi dengan RM20.
Kami guna tempat BBQ sendiri.
Ayam wajib..budak-budak ulang makan ni je.

Ikan tilapia RM10 kat chowkit..besar & sedap.

Hasil bakar..cantik je, beli kat kilang Ramli, berbaloi murah.

Bawa la ulam-ulam.

Paling best paling sedap..petai bakar.

Daging kicap untuk budak-budak & sambal petai udang. Makan tu je dah sedap kan.

Hasil kerja keras...ayam 2 ketul besar kejap je hilang 😃

Sambung balik main, Shah Irfan boleh je main sorang-sorang. Ade kakak tegur boleh ye dia main sorang-sorang..perempuan ke 😂

Shah Danish dah pagarkan kawasan untuk adik-adik mandi. Macam kolam kan sesuai untuk Shah Irfan.

Jangan lupa pakai sunblock, panas terik sangat...kelabu je masing-masing😆

Sambil baring Shah Irfan.

Penat sangat sampai tertido. Shah Danish tu main-main je.

Kawasan batu besar tu air dalam, rugi Mr.Shah tak bawa baju mandi..ingatkan cetek.

Kawasan mandi berpasir...depan tu kawasan chalet.

Cantik bunga ni.

Nak pergi tandas kena jalan ke depan.. ade jual makanan & minuman. Sempat beli nescafe ngan koko blended, panas sangat tekak nak ais je.

Sungai Benus

Cantik sangat sungai ni. Petang je mendung macam nak hujan, baring-baring sampai tertido. Budak-budak tak nak balik katanya nak tido sini😄 Dah petang semakin ramai mandi sebab mendung.

Friday, 15 December 2017

AMVERTON HERITAGE RESORT

REVIEW AMVERTON HERITAGE RESORT, AYER KEROH MELAKA


Tengah cari hotel area Melaka kat booking.com, tiba2 ternampak gambar waterpark resort ni. Macam pelik lak sebab tak pernah tengok sebelum ni. Try google, tak banyak info pasal resort ni. Apalagi ajak la Mr.Shah pergi. Mr.Shah yg asal Melaka pun tak pernah pergi… aduiii hi..hi, tapi dia tau la tempat ni. Rupanya resort ni dah lama, resort biasa2 je.. cuma waterpark tu yg baru. So, apa lagi .. berkemasla kita, jomm. dari KL ke Ayer Keroh ambil masa dalam 1jam 40 minit.

Dikenali dengan nama Puteri Resort Air Keroh @ nama baru Amverton Heritage Resort, terletak di Ayer Keroh, Melaka. Resort ni berdekatan dengan Dataran Sejarah Melaka, MITC, Taman Rama-rama, Taman Buaya Melaka, Taman Botanikal & Melaka Wonderland. Memang berbaloi kalau bawa anak2, banyak tempat menarik.

Sebelum check-in, cari makan di medan selera.. area resort. Ada daging salai masak lemak, sedap btul. Harga pun berbaloi. Kul 2pm baru sampai resort. Check-in smooth je. Dapat kunci terus naik bilik.


AMVERTON HERITAGE RESORT
Check-in: 29.4.17 , check-out: 30.4.17
Book: booking.com
Total: RM 176.67
Harga ni + free breakfast for 2
Saya book last minute, dapat double single.


Tak kisahla bilik mcm mana kan, katil queen ke single janji ada kolam, paling best ada waterpark. Nampak sangat, focus kat bdk2 he...he.. . Sy memang sediakan toto untuk budak-budak. Time nak tido nnti rapatkan katil… senang.


Rehat kejap je dalam bilik, budak2 dah bising nak turun mandi. Dapat lak bilik mengadap kolam, lagi la tak leh duduk diam.  Turun bilik je terus ke kolam, cantik sangat view sini. Sempat mama suh budak2 amik pic. Jadi tugu lak. View resort cantik di tambah lak dengan adanya waterpark baru, lagi la berbaloi.

Waterpark sesuai dengan budak-budak bawah 13 tahun. Kalau budak2 bawah 5 tahun tu parents wajib kat sebelah.. walaupun kolam tak dalam, risau gak kan. 

Teruja bdk2 dengan kapal ni.

Cendawan air tak berfungsi.


SDanish tolong tengok adik. Mama pun selalu tengok, pastu asyik amik pic ja. Kolam sebelah kiri sesuai sangat tuk budak 3y ni. Kolam sebelah kanan utk budak2 besar tapi Shaziq ni dah pandai berenang, mama tengok dari bawah ja. 

Salah satu gelongsor yg ada. Suka la budak-budak.

Mr.Shah sentiasa tengok anak-anak, saya lak tukang ambil gambar. Gelongsor kunig biru tu  sesuai untuk budak bawah 3y.

Gelongsor ni takde air..gigih Shah Haziq turun 😂

Ni gelongsor paling tinggi, tak laju pun..tengok SDanish dari atas berjalan ke bawah. Make sure salah sorang teman anak kat atas. Sentiasa tengok anak time landing tu.. bahaya.

SHaziq ni perenang handal, memang tak de masalah.. untuk budak-budak bawah 4y tolong tengokkan time nak landing.. agak dalam. SHaziq da pandai berenang jadi saya tengok dari jauh je.

Dari sudut belakang, gelongsor ni yg paling besar. Hati2 ya parents.. teman anak2.

Kawasan waterpark ni kecik tapi padat dengan mainan.
SHaziq suka sangat patung-patung ni.. tambah katak tu.



Pihak resort juga ada sediakan pasir buatan & tempat mainan ala askar. Barang permainan tu milik resort. Berbaloi kan, bdk2 memang suka main pasir, bagus untuk motor skill. Walaupun kawasan ni kecik, tapi pihak resort berjaya sediakan banyak mainan utk budak2.


Shah Irfan da bosan mandi..main pasir. Ni permainan ala askar yg sy mention kt atas.
Shah Irfan je main.. bdk2 lain sibuk mandi.



Budak2 ni kehulu-hilir main. Jenuh gak mencari dorang... walaupun tempat kecik. Main pancur air..tembak papa katanya. Lama betul duk kat kolam..kul 7 baru naik bilik. Sebelum naik.. sy pusing2 dulu kawasan resort.

Jalan-jalan sekitar kolam ternampak tasik buatan, bawah tu ade jogging track. Kawasan resort sangat bersih, tenang mata memandang. Sambil jln2 sambil fikir nak makan kat mana. Dah jom ...



Hasilnya .. mkn kt Umbai Parameswara. Tempat ni mmg terkenal, viral la sbb tu ramai orang. Bagi saya, berbaloi makan & banyak pilihan. Sampai je Umbai terus cari parking . Jangan risau tmpt ni banyak parking tapi time cuti sesak juga. Parking luas cuma kalau dah ramai jauh lak tempat parking dengan restoran.

Terus cari tempat best nak makan, dapat tempat belakang sekali. Jgn risau tmpt ni besar sangat. Dapat meja sebelah laut, best lak relax tepi laut sambal kena angin laut. Pemandangan malam cantik dihiasi dengan pokok bakau. Tapi hati2 kadang2 ada monyet😆

Kalau time cuti, tambah cuti sekolah.. pergi awal, mesti salah sorang beratur pilih lauk & sorang lagi cari tempat. Kalau tak.. sampai kesudah tak dapat tempat.




Menu wajib kalau makan sini, mesti ade sotong tepung. Sedap sangat udang butter..ikan bakar lambat. Menu yang sama setiap kali ke Melaka, mesti makan kat sini. Kadang-kadang nasi 3 pinggan je makan lauk yang lebih, maklumla semuanya suka makan😜  

Dinner malam tu RM90 (sotong tepung, ikan siakap bakar sambal, udang butterprawn..pastu amik buah, otak2 & air). Berbaloi makan malam tu, sedap.


Area restoran Umbai ni banyak jual mainan, so pada parents HATI-HATI 😁 Sebab datang kali ni tak rancang..tak bawa mainan, mama pun beli le. Kesian lak bila sebut nak tengok je mama.

Mama pun suruh la ambil tapi ade limit.. sorang bawah RM 10. Mainan SHaziq paling best..ni SDanish susun ..katanya SHaziq suka tido ngan bugs 😃Setiap kali datang mesti anak2 akan ke gerai sebelah restoran.. maklumla budak-budak dah tau tempat jual-jual ni. Lepas makan terus balik..mcm malas nk pusing2.. sebenarnya semua da kenyang + mengantuk.
Good morning, Ayer Keroh.

Awal bangun nak breakfast sebabnya lepas ni nak sambung mandi. Makanan simple je.. ada nasi lemak, sosej, roti bakar, corn flake, bubur nasi, soto..air jus,kopi & teh. SDanish saya bayar RM 14 untuk breakfast, adik-adik free (budak2 bawah 4y free breakfast). SHaziq suka nasi lemak. Jangan risau tempat makan banyak… makanan pun banyak.

Dah mkn semua..jom sambung mandi . Tu tanda dah charge bateri😁 SHaziq kalau bergambar memang win.

Hari ke-2 baru Mr.Shah berkesempatan mandi kat adult pool.. luas betul, dalam wooo. Cantik permandangan resort.


Kejap je dah naik matahari. Terlupa bawa sunblock..habisla 😁 Budak bulat ni, ke hulu hilir ajak mama. Sebenarnya dia dah penat, biasala budak2. Kejap main pasir, pastu nak mandi kolam.. mcm2 la budak ni.


Da bosan mandi asyik ajak mama jalan-jalan, nasib ade taman mainan. Best kan Amverton ni, berbaloi sangat utk family yg bawa anak2 kecik. Itu pun ade lagi tempat yg saya tak sempat bawa anak2. Next time ok.



Nak main pun panas sangat.

Dah habis lawat kawasan, mandi kolam balik. Abang2 mmg kat dalam kolam je.

Shaziq memang suka bergambar macam ni. Dah terik sangat jom la balik.

Sementara tunggu mama check-out, sempat lagi bergambar.

Ni tanda-tanda nak tidur, nasib baik tido atas kerusi kadang-kadang suka hati je melepek kat bawah.

Mr.Shah da sampai, mama pun dah settle bagi kunci, jom gerak Linggi lak, nak check-in tepi pantai😍 Boleh cek next  post sy ---- KM Chalet.

Kesimpulan: 
Hotel ni 
1. Berbaloi dengan harga, siap pakej free breakfast for 2, bfast tuk bdk - RM 14.00
2. Bilik bersih, takde la besar sangat tapi boleh la letak toto.. cukup je kami ber-5.
3. Kolam bersih, waterpark sesuai sangat tuk budak2 bawah 13y, kolam dewasa luas & dalam
4. Ada taman mainan area kolam, pihak resort juga ada sediakan taman berbayar utk kanak2 ( yg ni saya tak sempat pergi)
5. Kawasan Amverton ni senang nak cari makan, & banyak tmpt2 menarik untuk dilawati.


Masuk je Alor Gajah berhenti makan kat Medan Selera Pasar Menggong Alor Gajah, yang terkenal dengan Cucur Udang. Tempat ni wajib singgah, kalau dah masuk Melaka mmg cari peluang makan kat sini. Dah time lunch order untuk budak-budak Nasi Ayam.. sedap pulak tapi mama rasa je la.


Macam biasa mesti ambil cucur udang, sate kerang..sedap sangat semua makan. Nampak tapai ambil la..rugi tak makan😂 Sate belut je takde stok mase pegi tu.. sebelum ni da try belut, sedap. Saya & Mr.Shah mmg suka makan mcm ni.. klu jln2, time malam baru cari nasi sbb leh mkn ikan bakar. Dah kenyang semua, jom gerak ke KM chalet Linggi.

RPP FRASER'S HILL

Book sama dengan RPP Pangkor. Survey masa tu tengok ade kosong terus je bayar. RPP ni macam pisang goreng panas. Lambat sikit je habis. Allh...