Assalamualaikum,
Teruja mama bila baby Qila dah masuk 6m. Banyak jenis makanan nak kenalkan.. nak jadi macam abang2, semua jenis makanan boleh makan. Anak ke-4 ni lagi banyak belajar, dah ada pengalaman. Bab makan, barang2 baby dah tau nak beli apa/ kat mana. Mula la mama tengok2 shopee.. senang nak cari barang baby.
Nak mudahkan kerja, semua ni shoping kat shopee. Berbaloi la murah, tak yah nak keluar peluh๐. Kalau pergi mall, saya ni jenis pening nak survey dengan ramai orang. Eloknya shoping online, baru tau barang2 yang berguna, barang2 yang nak beli. Kiranya anak no 4 ni baru la nak beli bowl yang comel2 tu ๐
Salah 1 barang yang akan mudahkan kerja mama. Sekali beli 4 kat shopee seller China, sebabnya kat DIY, even online pun dah habis. Senang nak letak puri ayam & sayur2.
Ini first bahan mama beli kat baby Qila. Semua bahan fresh ni beli kat Sunway Mall, brokoli, butternut squash, sweet potato oren, sweet potato purple, kentang.
Blender Shake N Take ni beli kat shopee RM 41 dapat 3 botol extra. Berbaloi sebab lepas ni boleh guna buat jus. First intro makan kat Qila, bubur nasi + brokoli + sup jenahak. Ni pengasuh Makyam yang buatkan. Makyam cerita beria dia makan. Nampaknya senangla mamanya kan.
Ade yang buat 4 day rule makanan untuk baby, maksudnya hanya perkenalkan 1 jenis makanan sahaja pada baby. Ini tujuannya untuk kenal pasti bahan yang boleh membuatkan baby alah. Macam saya da biasa, anak2 pun jenis takda alahan..even saya sendiri pun tak da alahan makanan. So senangla kan. TAPI untuk mak yang ada alahan terhadap makanan sepatutnya buat 4DR dulu untuk baby. Perkenalkan 1 bahan 1 masa. Contohnya bubur 0+ikan.. nak tengok baby ada alahan terhadap ikan/ tidak.
Ni 1st time mama buat bubur nasi + butternut squash + brokoli. Allhamdulilah senang dia makan. Time ni terlupa beli ikan/ayam untuk Qila, so makanla apa yang ada kan๐
TAPI kena ingat ye nasi=karbo, semua jenis UBI (sweet potato, kentang, butternut,labu, carrot & seangkatannye=karbo), seeloknya dielakkan sebab boleh menyebabkan sembelit.
Nampak ikan salmon kat Sunway mall..beli la. Salmon ni buat grill sos mayonis+lemon mmg sedap sangat. Abang2 Qila suka sangatla. Tapi untuk Qila mama gril, letak black pepper skit. Dah masak blender masukkan dlm bubur nasi 0 + brokoli. Laju je dia makan.
Ni cara saya bekukan makanan bayi. Blender untuk seminggu. Pelbagaikan menu makanan. Ni contoh puri beku.
Contoh menu Qila 6 month:
Pagi dalam kul 10: Bubur nasi 0 + brokoli + salmon
Petang kul 3 : Puri sweet potato jepun
Malam : Puri butternut squash+bayam+Extra virgin olive oil
Ini 2nd time beli, try baby spinach & buah. Butternut squash wajib beli sebab Qila suka. Squash ni tergolong dalam golongan best superfood for baby. Antara manfaat Squash, meningkatkan system imun, baik utk penglihatan, banyak khasiat, antioxidant beta-carotene, high in Vit C, potassium, fiber, folate, Vit -B dan omega-3 fatty acids.
Boleh baca kat sini Best Superfoods for baby.
Boleh baca sini gak, siap ada resepi
Saya cari Butternut Squash yang besar, kukus dan purikan . Kelebihannya puri ni… saya boleh gunakan untuk buat cucur/lempeng bagi abang2 Qila๐
Ni cara saya bagi frozen food pada pengasuh. Saya asingkan setiap puri. Nak pergi rumah pengasuh saya campurkan semua puri dalam 1 bekas. Time Qila nak makan, pengasuh akan masuk dalam microwave/ panaskan cara double boil. Senangkan.
Bubur nasi 0 - saya pakai beras sumo & beras wangi Sunflower.
Stok puri butternut Squash, sentiasa ada. Dah habis je mama pergi Sunway Mall beli, kat Sogo tak de.
Salah 1 menu butternut Squash untuk abang2 Qila.. masak lemak.
Puri sweet potato ni pekat, nak makan campur EBM/ air skit. Manis sangat potato ni..yg ketul2 tu utk abang2 makan.
Ni menu time cuti, masak fresh - blender.
Masuk 7m lebih saya cuba menu baru : Mushroom soup. Tak pernah lagi saya buat sendiri, sebab nak bagi Qila..gigihkan diri buat selalu beli Prego je. Resepi pun simple , ade google bnyk resepi..saya olahkan ikut rasa sendiri dengan bahan yang ada ja.
Ini cubaan pertama, pakai cendawan butang segar warna coklat sahaja. *Pic atas tu cubaan ke-2.
Resepi Mushroom Soup:
Bawang Holland separuh (cincang)
Bawang putih 5 biji (cincang)
Pure Butter (2 sudu besar) -sy pakai Anchor
Cendawan butang fresh 4 biji ( sy beli kat Sunway 4bj Rm 3.00)
Susu tepung(FM) / susu segar
Tepung unbleased - sy pakai Faiza
Stok ayam (homemade)
Cara2:
- Tumis bawang Holland & bwg putih sampai naik bau, masukkan cendawan. Masak sampai layu.
- Biarkan sejuk, pastu blender.
- Saya pakai susu FM (3 sudu besar cairkan dalam air-air sy agak2 je)
- Tepung 2 sudu besar saya cairkan dalam air
- Dalam kuali yang sama buka api perlahan, masukkan stok ayam, susu FM yg dicairkan tadi dan tepung yg dicairkan (sentiasa kacau nak bagi pekat, kalau telebih panas tepung akan jadi ketul2)
- Dah pekat masukkan mushroom yg dah di blender tu... kacau2 dah mengelegak..tutup api.
- Biarkan sejuk sebelum simpan dalam bekas.
Ini kejadian mushroom soup, sedap.
Ini saya letak dalam bekas untuk bagi pengasuh. Bekas hijau yang besar tu stok frozen untuk buat kuah pasta. Senangkan.. saya sekali buat mmg buat banyak. Alang2 boleh buat stok frozen. Nak guna ambik je, sbb budak2 mmg suka makan pasta.
Ni 1st time kenalkan mushroom soup...makan je dia. Cuma percubaan pertama ni saya buat terlebih bawang Holland, lepas Qila makan ade bau kuat bawang & mushroom tu ๐ Qila makan ok je cuma saya la rasa bau tu agak kuat hiii.
Ni cubaan ke-2, pakai 3 in 1 mushroom. Beli kat Sunway RM 11. Resepi yg sama cuma saya guna bawang besar biasa & masukkan saderi.
Hasil nya..puri mushroom soup kali ni agak pekat sbb banyak cendawan kut. Rasa lagi kuat sbb campuran 3 jenis cendawan. Saya dah kurangkan bawang. Macam biasa dalam ice cube kecik tu utk Qila.. dalam bekas besar tu stok untuk buat pasta.
Antara resepi dari mushroom soup:
Di bawah hasil dari mushroom soup frozen stok...time masak masukkan susu full cream, stok ayam & garam je. Berbaloikan untuk mak2 yang bekerja tapi nak masakkan anak2 makanan homemade. Yang penting sihat ,sedap dan berbaloi.
Linguni - saya masukkan daging cincang & ayam blender. Ayam blender ( daging ayam yang direbus -blender) saya buat frozen sbb senang kalau nak masak ambil je...sebabnya anak2 tak nak makan kalau ada ayam seketul dalam masakan..mmg biar mcm tu je. dari membazir buang saya buat puri ayam.. boleh guna unutk Qila dan masakan lain.
Macaroni - ni saya campurkan sosej cendawan..mmg sedap.
Ni bekal saya, kentang lenyek+pure butter letak mushroom soup..chili flakes skit n blackpepper.
Macaroni sos tomato (homemade). Sos tomato homemade ni nnti sy akan update.
Percubaan buat bubur nasi pakai beras frozen. Qila tak berapa makan..ulang proses yang sama 3 kali still kurang makan. Maksudnya terpaksa blender gak.
2 biji Avocado color hitam gelap tu dr Philippine, yg bawah dr Australia..bila pegang dah lembut maksudnya dah masak. Ade juga Avo Australia yang kulit hijau dah masak selalunya jual dlm paket RM20( 3 biji)
Sebelum ni cuba puri Korean pear, epal, pisang, dragon fruit, mangga tapi Qila tak makan..walaupun buah tu manis, muka dia berubah macam mkn benda masam. Berbeza kalau kita potong2 buat mcm finger food tu br gigit kalau puri susahnya nak telan. Nampak je Avocado kat mall, cantik2.. why not give a try ๐ Avocado yg sy biasa beli dari Australia ( Rm5+ sebiji), Mexico (RM5 sebiji) & Philippine (Rm 3+), baru2 ni Nampak dari Kenya (RM 2.99 sebiji) tapi belum try. Sy lebih prefer Aus/Mexico sbb texture buah yg lembut, lebih creamy, takde serat buah, bila frozen macam aiskrim๐.
Ni contoh Avocado Philipine. Kulit walau hitam pekat masih keras. Kadang2 bila buka isi dalam tak berapa lembut. Make sure bila tekan kulit tu lembut...risau tak berapa masak. Color isi sama je tapi buah dr Philipine bnyk serat, mcm bertali hitam.
Beli ni kat Sunway sebab baby spinach dah habis. Nak beli sayur lain mcm dah bosan, alih2 beli je la. Saya pun tak pernah makan๐
Ni hasilnya, puri zucchini. Potong bulat2 ..kukus. Lepas kukus terus bagi Qila tengok dia makan ke tak..habisla Qila makan..gigit skit2.
Puri carot & labu
Contoh menu Qila 7 month ++:
11.00 am : Bubur 0 + ayam + zucchini kuning + zucchini hijau
3.30 pm : Puri butternut squash + carrot
7.00 pm : Puri Avocado
8.30 pm : Bubur 0 + mushroom soup
Ni Avocado Mexico. Texture lebih lembut, rasa creamy..lagi sedap.. hanya lenyek2 je, baby dah boleh makan.
Menu 23/04/2019 :
Pagi : Bubur 0 + ayam + zucchini hijau kuning
Petang : Puri butternut squash + zucchini hijau kuning
Minggu ni resepi Qila lebih sayur..saya perkenalkan ikan bilis sbbnya sebelum ni mase 6m cuba ikan bilis muka Qila naik bitnik. Allhamdulilah da 10m ni lepas makan mcm da ok..naik juga la sikit2. Saya buat sup zucchini hijau +bayam+ikan bilis, tumis dengan bawang putih sahaja.
Hasil zucchini hijau+baby spinach+ikan bilis..blender kasar.
Zuchhini kuning+daging. First time saya kenalkan daging..harap dia sukala.
Hasil setelah blender, zucchini kuning+daging.
Butternut squash.
*There is NO WRONG/RIGHT dalam penyediaan makanan baby, cara penyimpanan makanan, bahan-bahan mentah yang digunakan, sama ada bahan kat pasar / organic atau ibu2 memilih untuk masak setiap hari/frozen, Ini semua terserah kepada ibu-ibu & ikut kemampuan masing2 ye. Apa yang kita bagi seeloknya halal, bersih, amalkan makanan sihat dari baby lagi. Baby bawah 2 tahun jangan bagi garam/gula. Itu je ๐
Wah banyaknye. Tgk pun sedap. Excited saya nak bagi baby makan. ๐ฅฐ
ReplyDeleteYe sis, tambah2 jenis baby yang suka makan lagi la mamanya suka beli. Sekarang baby dah 1y and half mmg suka makan. Good luck tau..google je bnyk resepi.
Delete