Tuesday, 23 April 2019

Pes masakan: Homemade

Assalamualaikum,

Just nak share cara saya buat homemade pes. Buat banyak2 lepas tu bekukan. Nak masak ambil 1 bekas. JANGAN letak dalam 1 bekas besar. Bahan yang dah de-frost tak boleh di bekukan balik, takut tercemar, banyak bakteria. Sebab tu saya guna bekas kecik..sekali guna je. Cara ni bukan sahaja cepat, tapi mudahkan urusan harian kita terutama ibu2 bekerja.

Cara saya bekukan bahan masakan:

Walaupun kedai depan rumah, saya jenis yang suka prepare bahan masak macam ni. Senang kalau balik office lambat terus je grab. 

Ni bahan2 untuk buat sup/tomyam. Saderi + halia basuh bersih & potong2. Masuk dalam bekas kecil .. masukkan air.. letak kat tempat sejuk beku. Nak masak masukkan 1 bekas dalam sup/tomyam. Daun sup & daun bawang pun sama..sekalikan je.

Cili kecik, daun limau, kaun kunyit pun saya basuh bersih..keringkan letak dalam bekas ( tak perlu letak dalam bekas ada air)… nak guna amik.

Daun kari, basuh bersih pastu keringkan. Dah kering masukkan dalam bekas letak bhgn chiller peti ais. Daun kari lama2 akan jd kering ... color berubah jadi mcm daun basil tapi masih boleh digunakan. 

Saya susun mcm tu..senang kan nak guna. bekas kecik tu beli kat DIY.









Ni cara saya simpan bahan basah. Letak dalam bekas plastik lutsinar.. senang nk tgk. 1 bekas utk sekali masak, asingkan mengikut kegunaan harian supaya tak membazir. Bab ni mesti mak2 dah faham kan keluarga makan berapa banyak. Saya pek utk sekali makan sebabnya jenis lauk lunch jarang bawa sampai ke malam. Menu malam selalunya goreng2, roti & salad. Bhn basah baru letak kat belakang.. ambik bhn basah yg lama kalau nk masak. Konsepnya guna bahan yang dah lama beli.. kalau tak ingat letak tarikh.






.














1. PES SAMBAL CILI KERING

Pes sambal cili kering untuk goreng2 (nasi/mee/mihun). Boleh juga guna untuk masak lauk. 

* untuk nasi goreng, nak sedap tumbuk ikan bilis masukkan dalam sambal.
* untuk mee/ke teaw grg masukkan kicap ABC dalam pes sambal
* untuk mihun goreng tumbuk udang masin, campurkan dalam pes sambal lepas tu letak         serbuk kunyit skit

Cara2 : Bawang merah + bawang putih (banyak). Tumiskan bawang, masukkan cili blender. Goreng sampai naik minyak masukkan gula kabung, sos tiram, sos tomato.

Contoh masakan pes ni :
Macam sambal udang bezanya tak pedas, ade rasa masam tp bukan sweet & sour.




Pes Cili kering.








#Pes sebelah kiri, color merah berminyak, itu yg dah masak… yg pudar sikit belum masak.
- Pes ni wajib buat banyak sebab kebanyakkan masakan masukkan cili pes.
- Masakan mengunakan pes ni : sambal, paprik, masak merah, asam pedas, nasi grg, mee grg dan seangkatan.

Cara saya: 
  • Bahan : Cili kering, bawang besar, bawang putih, minyak
  • Cili kering potong2..rebus.
  • Kisar dengan bawang merah & bawang putih (tak nak pedas lebihkan bawang besar)
  • Kisar dengan sedikit air rebusan cili + minyak (kisar dgn minyak untuk haluskan biji cili)
  • Bahan kisar ni masukkan dalam bekas kecik lepas tu bekukan.
  • Cara lain, cili kisar ni saya masak terus - tumis bawang merah, bwg putih. Dah naik bau masukkan cili kisar (minyak banyak-supaya cepat masak). Masak sehingga terbit minyak. Pes ni simpan dalam bekas kecik. Pes yang dah siap masak boleh letak bahagian bawah peti ais, tahan lama sbb dah masak. 
  • Balik kerja, saya cedok je dari bekas tadi. Contoh buat nasi grg, cedok banyak mana yg kita nak, masukkan ikan bilis yang dah ditumbuk.. grg & kacau, buh nasi dan garam.. dah. Kejap je siap. Memang jimat masa. Kadang2 sempat buat 2 menu.. nasi grg dengan macaroni. Saya  jenis yang suka variety dalam makanan..maklumla anak2 suka makan.



Ni contoh pes - sambal sotong kering.


2. Pes cili kampung/cili kecik






Untuk pes cili hidup, saya gunakan cili hijau dan merah (cili besar + cili kecik..xde lak dalam pic)





- Masakan menggunakan pes ni : Masak lemak, nasi grg, ayam masak cili

Cara saya:
  • Bahan : Cili padi (tak kisahla cili biasa/ cili kampung), kadang2 saya campur cili besar dgn cili kecik, cili merah dengan hijau
  • Blender dengan bawang merah & bawang putih
  • Masak atas api sampai kering.
  • Biar sejuk, masukkan dalam bekas kecik - frozen.

Contoh: udang masak lemak dengan peria.
letak pes, serai, santan, peria (dah rebus).. peria dah masak masukkan udang & asam keeping sikit.

3. Pes ikan bakar

- Untuk bakar2 - ikan, ayam, seafood 

Cara saya:
  • Bahan: Cili kering, serai, cili besar merah, halia 
  • Blender semua bahan dengan sedikit air + minyak.
  • Simpan dalam bekas2 kecil.
Nak masak, boleh perap bahan (30 min) sebelum bakar.

4.  Pes rendang

- Semua jenis rendang

Cara saya:
  • 2 jenis rendang : Rendang cili api/ rendang cili kering
  • Bahan : Cili kering, halia, lengkuas, serai - blender dan masak sampai naik minyak.
  • Semua bahan di atas blender dan simpan dalam bekas kecil.
Pes rendang cili padi yg belum masak

Pes rendang cili kering yang dah masak-nak makan masukan bhn basah je. Sebab tu balik rumah jam 6 pun masih sempat nak buat rendang. Tambah2 ada pressure cooker lagila memudahkan kerja.

Contoh rendang daging.
- Nak masak panaskan pes, masukan daging..biar daging masak, masukkan kerisik, santan, daun kunyit - siap



5. Pes kari ayam/daging

- Pes kari ni paling memudahkan kerja, tambah2 nak puasa ni
- Saya pakai kari Babas, Alagapas..kadang2 campur je

Cara saya:
  • Bawang besar-1/2 biji & bawang putih-2biji blender 
  • Serbuk kari ayam/daging (pek besar) campur dengan  bawang blender & santan (3 sudu)
  • Panaskan kuali, tumis 3 sekawan, buah keras-2biji ketuk, bawang besar 1 biji & bwg putih 4 biji (hiris halus) & daun kari.
  • Naik bau masukkan kari yang di campur dengan bawan blender & santan tadi - tumis sampai naik minyak
  • Dah sejuk br letak dalam bekas2


  • Kalau nak guna keluarkan pes dari frozen letak tmpt chiler -malam sebelumnya supaya xde la keras kan.
  • Balik ofis je masukkan pes dlm kuali tambah air skit, dah menggelegak masukkan kentang & ayam, ayam dah lembut masukkan santan, garam - siap.

6. Pes Kari ikan/seafood

- Masak kari ni selalunya saya masak time cuti, barula best kan layan kari kepala ikan. Buat pes siap2 supaya cepat masak sebabnya kalua kari ikan wajib tumis sampai naik minyak.

Cara saya: 
  • Bawang besar-1/2 biji & bawang putih-2biji blender 
  • Serbuk kari ikan (pek besar) campur dengan  bawang blender & santan (3 sudu)
  • Panaskan kuali, tumis bawang besar 1 biji & bwg putih 4 biji (hiris halus) & daun kari.
  • Naik bau masukkan kari & air asam jawa - tumis sampai naik minyak
  • Dah sejuk br letak dalam bekas2


  • Kalau nak guna keluarkan pes dari frozen letak tmpt chiler. Letak chiler malam sebelumnya supaya time nak masak tu tak delah sibuk nak de frost kan. 
  • Balik ofis je masukkan pes dlm kuali tambah air skit, dah menggelegak masukkan terung & bendi, dah lembut masukkan ikan, santan, garam & tomato - siap.
Ni kari ikan yg saya masak - kari ikan mayong & kepala ikan merah, mmg senang la pakai pes. Kejap je da siap.




6. Pes Mushroom soup

- Mula buat pes mushroom soup ni sbb baby dah 7m, nak try menu baru.
- Saya google je menu ni, pastu olah dengan bahan yg ada kat rumah

Cara saya:
  • Saya pakai cendawan segar, ni 3 in 1, beli kat Sunway Mall.
  • Bahan : Bawang holland 1/2 biji, bwg putih 5 biji, daun saderi, - cincang, unsalted pure butter, susu FM( utk baby 7m) atau susu kotak/full cream , tepung gandum 2 sudu dicairkan dengan air, stok ayam (homemade)
  • Tumis bawang holland, bwg putih & saderi - sampai naik bau
  • Masukkan cendawan yg dipotong nipis
*saya masak agak2 je, cendawan tu jangan letak banyak sebabnya bila blender akan kluar bau cendawan yg sangat kuat. Anak2 suka je..cuma bg saya bau tu mmg kuat.
  • Dah masak tutup api, biar sejuk lps tu blender
  • Dalam kuali yg sama, masukkan stok ayam, susu FM baby yg dicairkan ( 1 mangkuk kecik ) , klu anak besar letak susu full cream & tepung yg dah dicairkan- kacau selalu sampai pekat
  • *sentiasa kacau, klu biar nnti tepung akan jd ketul2
  • Dah mengelegak skit masukkan mushroom yg blender tadi, biar mengelegak tutup api
  • Biarkn sejuk dulu baru asingkan dalam bekas2 kecil
- ni saya asingkan bekas ice cube kecik untuk baby, yg besar untuk family


Antara masakan pakai mushroom soup:

Macaroni 
- Nak masak makesure keluarkan mushroom soup frozen malam sebelumnya
- Tumis bawang putih, masukkan daging cincang & sosej, daun Bay 
- Masukkan stok ayam (homemade,stok ni mmg sentiasa ada-sy letak dlm bekas2 kecik)
- Masukan pes mushroom, susu fullcream , masukkan macaroni, perasakan dgn garam..kacau2 dah siap
- Nak makan tabur sikit cili flakes & parsley






































Monday, 22 April 2019

Menu Puri Baby Aqilah:Food journey

Menu puri & bubur Baby Qila

Assalamualaikum,
 

Teruja mama bila baby Qila dah masuk 6m. Banyak jenis makanan nak kenalkan.. nak jadi macam abang2, semua jenis makanan boleh makan. Anak ke-4 ni lagi banyak belajar, dah ada pengalaman. Bab makan, barang2 baby dah tau nak beli apa/ kat mana.  Mula la mama tengok2 shopee.. senang nak cari barang baby.

Nak mudahkan kerja, semua ni shoping kat shopee. Berbaloi la murah, tak yah nak keluar peluh😆. Kalau pergi mall, saya ni jenis pening nak survey dengan ramai orang. Eloknya shoping online, baru tau barang2 yang berguna, barang2 yang nak beli. Kiranya anak no 4 ni baru la nak beli bowl yang comel2 tu 😝


Salah 1 barang yang akan mudahkan kerja mama. Sekali beli 4 kat shopee seller China, sebabnya kat DIY, even online pun dah habis. Senang nak letak puri ayam & sayur2.

Ini first bahan mama beli kat baby Qila. Semua bahan fresh ni beli kat Sunway Mall, brokoli, butternut squash, sweet potato oren, sweet potato purple, kentang.


Blender Shake N Take ni beli kat shopee RM 41 dapat 3 botol extra. Berbaloi sebab lepas ni boleh guna buat jus. First intro makan kat Qila, bubur nasi + brokoli + sup jenahak. Ni pengasuh Makyam yang buatkan.  Makyam cerita beria dia makan. Nampaknya senangla mamanya kan.

Ade yang buat 4 day rule makanan untuk baby, maksudnya hanya perkenalkan 1 jenis makanan sahaja pada baby. Ini tujuannya untuk kenal pasti bahan yang boleh membuatkan baby alah. Macam saya da biasa, anak2 pun jenis takda alahan..even saya sendiri pun tak da alahan makanan. So senangla kan. TAPI untuk mak yang ada alahan terhadap makanan sepatutnya buat 4DR dulu untuk baby. Perkenalkan 1 bahan 1 masa. Contohnya bubur 0+ikan.. nak tengok baby ada alahan terhadap ikan/ tidak.

Ni 1st time mama buat bubur nasi + butternut squash + brokoli. Allhamdulilah senang dia makan. Time ni terlupa beli ikan/ayam untuk Qila, so makanla apa yang ada kan😋

TAPI kena ingat ye nasi=karbo, semua jenis UBI (sweet potato, kentang, butternut,labu, carrot & seangkatannye=karbo), seeloknya dielakkan sebab boleh menyebabkan sembelit.

Nampak ikan salmon kat Sunway mall..beli la. Salmon ni buat grill  sos mayonis+lemon mmg sedap sangat. Abang2 Qila suka sangatla. Tapi untuk Qila mama gril, letak black pepper skit. Dah masak blender masukkan dlm bubur nasi 0 + brokoli. Laju je dia makan.  

Ni cara saya bekukan makanan bayi. Blender untuk seminggu. Pelbagaikan menu makanan. Ni contoh puri beku. 


Contoh menu Qila 6 month: 


Pagi dalam kul 10: Bubur nasi 0 + brokoli + salmon

Petang kul 3 : Puri sweet potato jepun
Malam : Puri butternut squash+bayam+Extra virgin olive oil

Ini 2nd time beli, try baby spinach & buah. Butternut squash wajib beli sebab Qila suka. Squash ni tergolong dalam golongan best superfood for baby. Antara manfaat Squash, meningkatkan system imun, baik utk penglihatan, banyak khasiat, antioxidant beta-carotene, high in Vit C, potassium, fiber, folate, Vit -B dan omega-3 fatty acids.
Boleh baca kat sini Best Superfoods for baby.
Boleh baca sini gak, siap ada resepi



Saya cari Butternut Squash yang besar, kukus dan purikan . Kelebihannya puri ni… saya boleh gunakan untuk buat cucur/lempeng bagi abang2 Qila😋

Ni cara saya bagi frozen food pada pengasuh. Saya asingkan setiap puri. Nak pergi rumah pengasuh saya campurkan semua puri dalam 1 bekas. Time Qila nak makan, pengasuh akan masuk dalam microwave/ panaskan cara double boil. Senangkan.

Bubur nasi 0 - saya pakai beras sumo & beras wangi Sunflower.

Stok puri butternut Squash, sentiasa ada. Dah habis je mama pergi Sunway Mall beli, kat Sogo tak de.

Salah 1 menu butternut Squash untuk abang2 Qila.. masak lemak.

Puri sweet potato ni pekat, nak makan campur EBM/ air skit. Manis sangat potato ni..yg ketul2 tu utk abang2 makan.

Ni menu time cuti, masak fresh - blender.

Masuk 7m lebih saya cuba menu baru : Mushroom soup. Tak pernah lagi saya buat sendiri, sebab nak bagi Qila..gigihkan diri buat selalu beli Prego je. Resepi pun simple , ade google bnyk resepi..saya olahkan ikut rasa sendiri dengan bahan yang ada ja.

Ini cubaan pertama, pakai cendawan butang segar warna coklat sahaja. *Pic atas tu cubaan ke-2.

Resepi Mushroom Soup:

Bawang Holland separuh (cincang)
Bawang putih 5 biji (cincang)
Pure Butter (2 sudu besar) -sy pakai Anchor
Cendawan butang fresh 4 biji ( sy beli kat Sunway 4bj Rm 3.00)
Susu tepung(FM) / susu segar
Tepung unbleased - sy pakai Faiza
Stok ayam (homemade)

Cara2:
- Tumis bawang Holland & bwg putih sampai naik bau, masukkan cendawan. Masak sampai layu.
- Biarkan sejuk, pastu blender.
- Saya pakai susu FM (3 sudu besar cairkan dalam air-air sy agak2 je)
- Tepung 2 sudu besar saya cairkan dalam air
- Dalam kuali yang sama  buka api perlahan, masukkan stok ayam, susu FM yg dicairkan tadi dan tepung yg dicairkan (sentiasa kacau nak bagi pekat, kalau telebih panas tepung akan jadi ketul2)
- Dah pekat masukkan mushroom yg dah di blender tu... kacau2 dah mengelegak..tutup api.
- Biarkan sejuk sebelum simpan dalam bekas.

Ini kejadian mushroom soup, sedap.

Ini saya letak dalam bekas untuk bagi pengasuh. Bekas hijau yang besar tu stok frozen untuk buat kuah pasta. Senangkan.. saya sekali buat mmg buat banyak. Alang2 boleh buat stok frozen. Nak guna ambik je, sbb budak2 mmg suka makan pasta.

Ni 1st time kenalkan mushroom soup...makan je dia. Cuma percubaan pertama ni saya buat terlebih bawang Holland, lepas Qila makan ade bau kuat bawang & mushroom tu 😝 Qila makan ok je cuma saya la rasa bau tu agak kuat hiii.

Ni cubaan ke-2, pakai 3 in 1 mushroom. Beli kat Sunway RM 11. Resepi yg sama cuma saya guna bawang besar biasa & masukkan saderi. 

Hasil nya..puri mushroom soup kali ni agak pekat sbb banyak cendawan kut. Rasa lagi kuat sbb campuran 3 jenis cendawan. Saya dah kurangkan bawang. Macam biasa dalam ice cube kecik tu utk Qila.. dalam bekas besar tu stok untuk buat pasta.

Antara resepi dari mushroom soup:

Di bawah hasil dari mushroom soup frozen stok...time masak masukkan susu full cream, stok ayam & garam je. Berbaloikan untuk mak2 yang bekerja tapi nak masakkan anak2 makanan homemade. Yang penting sihat ,sedap dan berbaloi. 

Linguni - saya masukkan daging cincang & ayam blender. Ayam blender ( daging ayam yang direbus -blender) saya buat frozen sbb senang kalau nak masak ambil je...sebabnya anak2 tak nak makan kalau ada ayam seketul dalam masakan..mmg biar mcm tu je. dari membazir buang saya buat puri ayam.. boleh guna unutk Qila dan masakan lain.

Macaroni - ni saya campurkan sosej cendawan..mmg sedap.

Ni bekal saya, kentang lenyek+pure butter letak mushroom soup..chili flakes skit n blackpepper.

Macaroni sos tomato (homemade). Sos tomato homemade ni nnti sy akan update.

Percubaan buat bubur nasi pakai beras frozen. Qila tak berapa makan..ulang proses yang sama 3 kali still kurang makan. Maksudnya terpaksa blender gak.

2 biji Avocado color hitam gelap tu dr Philippine, yg bawah dr Australia..bila pegang dah lembut maksudnya dah masak. Ade juga Avo Australia yang kulit hijau dah masak selalunya jual dlm paket RM20( 3 biji)
Sebelum ni cuba puri Korean pear, epal, pisang, dragon fruit, mangga tapi Qila tak makan..walaupun buah tu manis, muka dia berubah macam mkn benda masam. Berbeza kalau kita potong2 buat mcm finger food tu br gigit kalau puri susahnya nak telan. Nampak je Avocado kat mall, cantik2.. why not give a try 😋 Avocado yg sy biasa beli dari Australia ( Rm5+ sebiji), Mexico (RM5 sebiji) & Philippine (Rm 3+), baru2 ni Nampak dari Kenya (RM 2.99 sebiji) tapi belum try. Sy lebih prefer Aus/Mexico sbb texture buah yg lembut, lebih creamy, takde serat buah, bila frozen macam aiskrim😋. 

Ni contoh Avocado Philipine. Kulit walau hitam pekat masih keras. Kadang2 bila buka isi dalam tak berapa lembut. Make sure bila tekan kulit tu lembut...risau tak berapa masak. Color isi sama je tapi buah dr Philipine bnyk serat, mcm bertali hitam.

Beli ni kat Sunway sebab baby spinach dah habis. Nak beli sayur lain mcm dah bosan, alih2 beli je la. Saya pun tak pernah makan😝

Ni hasilnya, puri zucchini. Potong bulat2 ..kukus. Lepas kukus terus bagi Qila tengok dia makan ke tak..habisla Qila makan..gigit skit2.  

Puri carot & labu


Contoh menu Qila 7 month ++:

11.00 am : Bubur 0 + ayam + zucchini kuning + zucchini hijau

3.30 pm : Puri butternut squash + carrot

7.00 pm : Puri Avocado 

8.30 pm : Bubur 0 + mushroom soup

Ni Avocado Mexico. Texture lebih lembut, rasa creamy..lagi sedap.. hanya lenyek2 je, baby dah boleh makan.

Ni stok frozen saya, ade banyak pes segera (homemade). Malam dah fikir besok nak masak ape. Keluarkan pes letak kat chiller. Balik kerja keluarkn dr chiller terus masak. Nanti saya akan share homemade pes saya.


Menu 23/04/2019 :
Pagi : Bubur 0 + ayam + zucchini hijau kuning
Petang : Puri butternut squash + zucchini hijau kuning





Minggu ni resepi Qila lebih sayur..saya perkenalkan ikan bilis sbbnya sebelum ni mase 6m cuba ikan bilis muka Qila naik bitnik. Allhamdulilah da 10m ni lepas makan mcm da ok..naik juga la sikit2. Saya buat sup zucchini hijau +bayam+ikan bilis, tumis dengan bawang putih sahaja.

Hasil zucchini hijau+baby spinach+ikan bilis..blender kasar.

Zuchhini kuning+daging. First time saya kenalkan daging..harap dia sukala.

Hasil setelah blender, zucchini kuning+daging.

Butternut squash.


*There is NO WRONG/RIGHT dalam penyediaan makanan baby, cara penyimpanan makanan, bahan-bahan mentah yang digunakan, sama ada bahan kat pasar / organic atau ibu2 memilih untuk masak setiap hari/frozen, Ini semua terserah kepada ibu-ibu & ikut kemampuan masing2 ye. Apa yang kita bagi seeloknya halal, bersih, amalkan makanan sihat dari baby lagi. Baby bawah 2 tahun jangan bagi garam/gula. Itu je 😊

*Thank you baca.





























RPP FRASER'S HILL

Book sama dengan RPP Pangkor. Survey masa tu tengok ade kosong terus je bayar. RPP ni macam pisang goreng panas. Lambat sikit je habis. Allh...