Review Residence Inn Cherating
Lama sangat tak jalan-jalan Kuantan, da bincang2 akhirnya jom la. Ngam2 papa pun baru balik dari Mekah, kita jalan jauh la skit. Untuk hari pertama, check in kat Cherating. Selepas google dapatla tempat yang bekenan kat hati .
Residence Inn Cherating
First time bawa baby girl Aqilah jalan2, time ni girl baru 3 bln.
Lobi hotel. Proses check-in a bit slow walaupun takde orang. Saya book melalui Expedia, ini yang paling murah. Parking dulu sementara saya check-in.
Sempat abang bergambar. Cantik gong.
Ok dah dapat kunci ..jom. Bilik tingkat 1 ( 2 queen ) RM252.00
Bilik selesa, bersih. Sesuai sangat dengan family anak 4.
Bilik air besar
Balkoni mengadap kolam.
Permandangan dari balkoni.
Tak sabar dorang nak mandi.
Lama gak mandi..sampai kul 7 la.
Makan malam ni di Jnl Ikan bakar Kemaman… murah & sedap. Roti bakar special ni siap tapau bawa balik.. sedap sangat.
Sempat gak masuk Kemaman.. jln2 cari makan.
Good morning Cherating...cantiknya view.
On the way ke tempat parking, sempat lagi singah di gazebo..siap ade congkak.
Lepas check-out papa bawa makan kat Aziz Sata, Kemaman.
Kalau datang Kuantan..Kemaman..wajib sotong tepung, sata..benda yang sama berulang-ulang makan😁 Budak-budak je makan nasi.
Lepas makan kat Aziz Sata singah jap kedai makan area De Rhu Beach resort. Sekali lagi makan goreng tepung...Nampak menarik je ikan tepung.. sedap betul makan ikan tepung dengan nasi panas😝
No comments:
Post a Comment