Wednesday, 6 May 2020

PKP MALAYSIA covid 2020- resepi & pes


COVID-19 

Peristiwa ini akan terpahat sebagai sejarah penting negara. Hari ini 15 April :
  • Peperiksaan UPSR dibatalkan
  • PT3 dibatalkan
  • SPM dan STPM ditangguhkan sehingga Mac 2021
18 MAC -  31 MAC 2020  fasa 1
01 APR - 14 APR2020 fasa 2
15 APR - 28 APR 2020 fasa 3
29 APR - 12 MEI fasa 4

Sentiasa bersyukur dan berterima kasih. Lakukan kebaikan antara satu sama lain - sayangi antara satu sama lain - dan sentiasa menyokong antara satu sama lain

Kita semua 1 Malaysia.


Takkan sesekali  lupa ...…………………..


Last day kerja, 20 hb 4, sebab nak amik semua dokumen penting kat ofis.

Balik singah OTK punyala ramai membeli, penuh troli.. 1st time Malaysia macam ni.. rata2 semua sibuk top up barang dapur - PANIC BUYING



Benda utama yang wajib ada dalam peti :

Start cuti dah rajinkan diri buat frozen & pes.  Alang-alang beli barang banyak..terus buat mcm ni. Senang.. nak guna keluarkan 1 bekas.

Dalam bekas tu ade saderi + halia, masukkan air - frozen.

Kalau daun limau, daun kunyit & cili kecik basuh, lap & letak dalam bekas. Tak perlu letak air. Nak masak amik je.



Mudahkan.. tak membazir kalau kita beli banyak2.
Pes Sambal - wajib buat banyak

Cara2 :
1. Cili kering potong2, buang biji yang mana nampak. Tak perlu beria buang kang blender licin la.
2. Basuh cili bg hilang debu2, lepastu rebus...sejukkan.
3. Kemudian campurkan cili+ minyak (fungsi minyak utk lumatkan biji cili) +bawang besar/bawang kecik (klu rajin potong bawang ros) &bawang putih dalam blender - bahan2 ni agak2 je, kalau tak nak pedas lebihkan bawang besar.
4. Dapatla cili blender yang flowless gitu.
5. Jenis saya separuh saya buat pes & separuh terus simpan kat tempat frozen.

Cara2 buat pes : Tumis bawang besar+bawang putih ..masukkan cili blender. Masak sampai naik minyak
Sejuk boleh simpan kat chiller.

Pes sambal cili hidup/pes sambal belacan,                         Cara-cara:                                                                                1. Saya suka campurkan cili hijau & merah..blender je.
Ni hasil cili hijau + merah, saya tumis dengan bawang merah + putih, tumis sampai naik minyak.

Pes ni sesuai tuk buat nasi grg & goreng berlada.
Menu PKP : Cara kami-Shahs

Udang kunyit, kari kaki ayam..sambal kicap.
Lempeng gandum

Cara-cara:

1. Tepung gandum, garam secubit, gula 1 sudu..gaul dengan air sampai cair (jangan cair sangat). Saya jenis agak2 je.
2. Goreng dengan kuali non stick.

Cicah dengan kari..mmg sedap sangat.
Paling senang nak buat latte kat rumah.

Bahan2: Nescafe, Gula, Susu kotak

Cara2: Nescafe 1 sudu besar + 1 sudu gula ( gula ni pandai la adjust nak manis/tak. Kacau lepastu simpan dalam tempat frozen. Nak minum cedokkan letak dalam cawan ..pastu campur je dengan susu kotak. Buat ikut citarasa sendiri. Saya jenis agak2 je masuk bahan..kalua lebih/kurang.. pandai2 adjust.

Bagi sayala nescafe ni sesuai dengan susu kotak dutch lady..low fat. Dah cuba yang lain..macam kureng. Kalau guna susu full cream mcm belemak sangat.. kalau suka, guna je.

Agar2 sirap & kek batik. Ni menu paling senang & mudah.. bolehla tahan 3-4 hari.

Resepi Agar cara saya:
1. Agar2 paket tu guna separuh je + air 1400ml
* kalau suka agar2 keras masukkan 1 paket
2. Gula 10 sudu, sirap 1 sudu & daun pandan
3. Biarkan mengelegak sampai hancur agar..letak dalam bekas.

Resepi kek batik cara saya:
1. Cairkan butter 1 ketul, masukkan 1 sudu susu pekat manis & 10 sudu milo..kacau2 masukkan biskut meri.

*kalau suka manis lebihkan susu pekat, resepi saya tu kurang manis.

Dalam kenangan, time pkp ni susah sangat nak cari roti.. kluar awal pagi semata2 nak beli roti.

Simpan pic ni kat blog..buat kenangan.

Mee goreng cara saya:

1. Tumis bawang merah & putih, masukkan cili blende. Tumis sampai cili masak, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram, kicap ABC & kicap kipas udang...masukan air sikit.
2. Dah menggelegak masukkan sotong, udang.. biar masak kejap..masukkan mee & kucai. Last skali baru letak taugeh.

Siap.. mcm tu pun da sedap. Kalau nk buat mamak style masukkan telur 2 biji time masukkan udang sotong, kacau2 masuk mee. Conform rase mcm mee grg mamak...hi..hi.







Seminggu minum air sirap untuk bulan puasa sebab tak sempat beli.
Ok je, time pkp ni semua boleh hadam.

KOLEKSI MASAK-MASAK








































Shopee/Lazada :




RPP FRASER'S HILL

Book sama dengan RPP Pangkor. Survey masa tu tengok ade kosong terus je bayar. RPP ni macam pisang goreng panas. Lambat sikit je habis. Allh...