Makan Warong Pok Su & Mok Su
Makan Keropok Lekor Oh Fatimah
Check in: 15/11/2019
Jalan lagi, kali ni kami ke Kuantan. Kuantan dah jadi tempat wajib tiap tahun. Mesti jalan2 cari makan kat Kuantan. Saya selalu pergi bulan November, sebabnya masuk cuti sekolah, hotel dah penuh, nak mandi kolam pun bersesak. Teringat mandi kat Glory time cuti sek.. penuh kolam, nak terjun pun tak boleh ha..ha.
Macam biasa saya book melalui melalui booking.com. Banyak pilihan hotel. Selalu saya check-in De Rhu, kali ni nak kelainan skit.. sebab ternampak waterpark kat Swiss Garden tu cantik. Saya book under owner unit sebabnya Swiss Garden Residence Resort dah full. Ambil la juga sebabnya view dari resort tu cantik sangat.
Nama kat booking.com:
Home by the beach, Kuantan
RM 222.75 ( studio apartment )
Ada 1 katil queen & 1 sofa bed
Kami gerak kul 10 am. Perjalanan dari KL ke Kuantan ambil masa dalam 3 jam. Gerak awal sebab nak singgah Warong Poksu.
Sebelum gerak singah makan sini, nasi kerabu sedap kat Batu, Gombak.
Kul 3 lebih sampai Kuantan, terus singgah warong Poksu & Moksu. Kali ni datang best sebabnya tak ramai, maklumla hari Jumaat.. lagipun dah lepas time lunch. Shaziq suh mama amik pic dia dengan polis ha..ha.
Banyak pilihan warung ni, jangan risau. Semua jenis goreng tepung ada.. udang, sotong, fishball, sosej & ikan. Kuih muih banyak. Nasi dagang, laksa, pisang goreng, sata & keropok lekor. Banyak lagi juadah .. so kena pergi sendiri. Memang sedap & berbaloi.
Total campur air RM 37.
Tak ramai pun... selesa nak makan. Dah makan..jom cari Swiss garden. Dekat ja dari warong ni. Yeaaaa dah sampai.
Beralamat di :
Jalan Kuantan-Kemaman, Sungai Karang, 26100 Kampung Sungai Karang, Malaysia
Dah masuk Swiss Garden Residence, yg ni bukan Swiss Garden Resort tau. Tu lain..jauh skit dari residence ni. Masuk je dalam residence, kat pintu guard just mention menginap under owner unit. Parking di sebelah kiri, free parking. Sehari sebelum sampai, owner dah wassap bilik & cara2 nak gunakan alatan rumah. Don't worry. Bilik saya S2-9-10... level 9, rumah no. 10. Tingginya ha..ha..
Dah masuk rumah. Ruang tamu. Tu sofa bed.
Peralatan memasak lengkap, bagi yg nak masak2.. berbaloi sangatla sbb owner sediakan barang, siap minyak masak. Bahagian bawah cabinet siap ada medical kit. Good job la owner unit ni.
Ruang bilik
Dari tingkat bilik, anak2 dah teruja nak mandi.. biasala budak kalau tengok kolam, syokla. Sebelah kiri tu jenis Villa..rumah untuk 12 dewasa, villa betul2 mengadap kolam & pantai. Apartment depan tu baru siap.. lebih kurang je design dengan Swiss Garden ni.
Ni la villa yg saya sebut tu.
Permandangan dari tingkap bilik. Dah kemas barang2..jom turun.
Dalam lif, bab pakaian renang tu..ok je, saya tengok ramai yg ala kadar je. Kawasan kolam ade kedai, so don't worry kalau lapar. Sebelum turun ke kolam, gi tengok sauna kat tingkat 5, sauna dalam bilik perempuan je boleh guna.
Kita tengok pantai dulu.
Permandangan Swiss Garden dari pantai, private beach... tak de la ramai orang. Kawasan residence berpagar..ada pintu nak ke pantai.
Makan dulu.. geram lak tengok kelapa ni hiii.
Main tepi pantai je, ombak besar.. jangan mandi lak..time hujung2 tahun ni.
Sempat kami bergambar.. papanya bab ni mmg pandai.
Mini waterpark/kolam
Kawasan ni Qila pun boleh mandi..takat kaki je. Jadi tumpuan mini waterpark ni sebab baldi kat situ.
Ala2 jakuzi, dalam… sebelah kolam dewasa.
Bangunan bilik kami, tingkat ke-2 akhir. Jam 7.30 baru naik. Kolam ni tutup kul 10 malam… boleh le korang berendam sampai kecut.
Dinner malam ingatkan nak singgah pasar malam depan resort tapi dah tutup…. sayangnya, awal tutup. So, makan malam belakang resort je… tepi pantai. Anak2 tak nak keluar suh mamanya beli je sebabnya kat dalam bilik boleh tengok youtube. Malam tu makan simple je saya order keteaw ladna, mihun tomyam, mihun goreng, nasi goreng, fries & air jagung. Total RM 37.
Besoknya bangun awal, teman budak2 mandi. Saya bekalkan roti & air kotak je. Lama gak la budak2 berendam, Qila je duduk relax sambil tengok abg2 mandi. Kul 11 baru naik.
Dah..jom check-out. Kunci letak je dalam box. Syoknya bercuti kali ni.
Berhenti makan kat warong keropok lekor Oh Fatimah. Penah makan last year, time tu nak pergi De Rhu.. sedapnya la makan ikan celup tepung dgn nasi panas. So.. repeat balik.
Menu lunch kami, air kelapa, sirap 2, campur dengan pisang grg, keropok lekor, cokodok & nugget RM 42.
Ni ha kedainya Keropok Lekor Oh Fatimah. Keropok lekor, keropok keping pun ada jual.
Kesimpulannya, best sangat stay kat Swiss Garden ni.
- Sesuai untuk family, kanak2
- View sangat2 cantik. Bilik lak mengadap kolam dan pantai, malam je saya buka tingkap balkoni sambil baring depan TV..relax je rasa sambil dengar bunyi ombak
- Waterpark best
- Bab makan jgn risau, banyak pilihan..belakang resort boleh makan sambil lepak kat pantai. GF ade 7e, kedai makanan depan resort banyak sangat pilihan, kalau pergi hari jumaat ada pasar malam.
- Sauna tingkat 5