Wednesday, 9 October 2019

Felda Residence Hot Springs, Sungai Klah

Review Felda Residence Hot Springs - Deluxe room
Update: check in-1/2/2020
Book by Agoda

Baru sangat pergi bulan September tahun lepas, tapi asyik teringat sedapnya badan mandi air panas. So, jom la. Cari kat booking dah habis, so try Agoda .. nasib ada lagi, tu pun tingal satu je room. Time 1st book tu mmg murah, saya dapat harga RM 133 tapi Agoda tak dapat potong duit, Agoda cancel saya nya book. Saya lak tak perasan..besoknya tengok dah cancel cepat2 saya book, nasib baik ade lagi. tapi harga dah mahal skit jadi RM 154. Tak pe la yang penting ade room kan.                                                                                                                                                                        
Breakfast kat rumah, lunch kali ni kami singah di nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai. Banyak sangat menu & ramai orang. Budak2 kat meja, kami pegi pilih lauk.                                                                                                                                                          
Lunch kami di Nasi Bamboo. Kerabu tu mmg sedap. Setiap mangkuk kerabu & sayur harga RM 4.25. Nasi bamboo tu RM 2+, yang balut mcm nasi lemak tu nasi kelapa RM2+. Kambing bakar RM 10+, Ayam yg color gelap tu ayam bunian bakar..sebelah ayam golek, harga RM 20+. Dah amik ayam baru nampak ikan bakar.. aduuuuu, ikan bakar range harga dari RM 10 - RM30+, macam2 ikan ada. Air oren 1 jug RM 8+.

Amik yang simple je.. sedap betul kerabu kacang botol. Dah lepas makan, singah jap kat kedai buah.

Ni ha kedainya

Hasil.. durian kampung tau. Sangat2 sedap, isi tebal kuning. Walaupun br mkn nasi.. boleh habis sebiji ni, tapau lg sebiji letak dlm polistrin .. boleh mkn kat hotel. Lupa lak kt hotel mana boleh bw durian kan ha..ha..

Dah sampai Felda Hotspring Sungkai.
Total: RM 154.68


Lepas check-in ke kanan, bilik 208.

Dah sampai bilik.

Tingkat 1, lupa nak message hotel nak GF. Its ok, tangga sikit je.. cuma hati2 nak turun.. budak2 kan.

Room




Menu hotel



Hot Springs

Jalan2 tengok punca air panas.



Tempat yang kami stop tu sauna.. mmg rasa panas dari bawah.

Dah jom masuk mandi.

Kolam/ Kolam air panas

1st kolam yang wajib masuk dulu kalua bawa budak2.

Sini lak..sini luas, tapi batu2 bawh tu agak susah nk jalan… sakit lak.

Cantik suasana, tak ramai orang.

Kolam air panas 40c

Rendam kaki je la mampu ha..ha. Kolam sebelah yang 35c tu dah penuh.


Tempat last berendam, dah kul 7.. sini mmg sedap badan berendam.

On the way balik, sempat lagi teman Qila main.

Untuk makan malam, order hotel delivery. Keaw teaw ni sedap tapi pedas.. anak2 makan sikit je. Saya la habiskan. Mr.Shah order nasi grg kampung.

Cafe

Dapat 2 tiket free breakfast, saya, Mr.Shah & Qila j pergi. Bagi saya la tak berbaloi nak bayar RM18 untuk anak2 breakfast kat sini, lagipun dorang tido lagi. Menu breakfast nasi lemak, bubur nasi, ke teaw, roti bakar, cornflake, mee sup. Nasi lemak ala ja. Nak nasi lemak sedap beli kat dalam hots Spring. 


Lepas makan trus bangunkan budak2 gi mandi.


 Syok sangat mandi sampai kul 11. Balik trus siap nak check out. 

Dah check out. Budak2 sibuk suh mama amik pic, mama pun nak la.

On the way balik Mr.Shah ajak lagi makan durian. Mesti la pergi..sedap.

Post baru saya sekalikan kat sini, sebabnya senang saya nak update. Thank you.

______________________________________________________________________________________

Check-in : 28hb September 2019
Book by booking.com

Kali ke-2 datang Hotspring Sungkai. Sebelum ni stay kat Felda Trolak. Dari Trolak ke Hotspring agak jauh, naik kereta .. parking di tempat yang disediakan. Beli tiket di kaunter, lepastu naik tram yg disediakan utk sampai ke Hot Spring. Kali ni try Felda Hotspring, ngam2 time booking ade kosong.  

Mcm biasa, saya cari kat booking.com. Felda residence ni slalu full. Rajin2 cek online, harga lebih kurang je. Ada 2 jenis kediaman iaitu jenis deluxe room dan Villa ( 1/2/ 3 bilik ). Villa sesuai untuk family besar. Kelebihan Villa, besar, boleh masak dan setiap villa ada jakuzi, so boleh la berendam sampai malam. Tapi kalau yg tak kisah stay kat mana dan tujuan utama nak ke Hot Spring boleh la stay kat Felda Trolak atau homestay area Hot Spring ni,banyak pilihan dan murah dari Felda Residence. 

Last pergi Hot Spring ni tahun 2016. Ntah macam mana tiba2 teringat Hot Spring ni siap tgk balik pic lama. Lepas balik dari Pantai Puteri hr tu.. saje2 tgk booking.com. (time tu 17hb)..tengok ade kosong, date 28hb. Tak fikir banyakla terus grab.. walaupun deluxe room. Time tu tak pikir pun bilik mcm mana, review pun tak baca. Tak kisahla bilik mcm mana.. sbb tujuan utama nak bawa anak mandi air panas. Rezeki time tu dapat murah.. cerita dengan anak2, semua teruja. Ingat lagi dorang bila sebut mandi tempat air panas.

Holiday ni, sebenarnya bukan untuk kita je malah budak2 pun teruja, rasa hilang stress kalau dapat jalan2. Jangan ingat yang tua je stress, anak2 pun sama. Sebagai mama, happy bila tengok dorang teruja. Bawala anak2 berjalan walaupun tempat dekat. Setiap perjalanan tu ilmu baru pada anak2, memori yang akan selamanya pada anak2.



Gerak awal pagi, kononnya nak pusing2 cari makan. Breakfast kat Mail mee rebus, Sentul. Makan mee grg mamak, mee rebus.. paling sedap la. Dari KL ke Sungkai dalam 1 jam 30 minit tapi kami jalan jauh nak gi makan kat Capati Corner. Dah try Nasi Bamboo sebelum ni, boleh la bagi saya. Saya lebih prefer Capati.. tak sesak sangat. Ramai2 sangat.. pening, sebab saya pun ramai askar ni.


Lunch kat Capati Corner Chenderiang. Pot makan ni viral dgn naan cheese. Tempat ni jauh dari Felda tau, bukan jalan yang sama, kalau nasi bamboo masuk tol dah jumpa. Time pegi tu dah tengahari, makan nasi la. Mr.Shah amik nasi beriani kambing, anak2 masing2 amik nasi dgn ikan keli (3 pinggan), sy amik ayam grg & daging..sbb leh mkn ngn Qila. Air milo, nescafe & nescafe o. Bungkus capati.. 5.
Total : RM 47
Sedap & berbaloi.. bagi sayala, mmg suka mkn sini. Da siap makan..terus gerak.

Felda Residence

Yes, dah sampai. Pintu masuk Felda Residence. Bukan depan tu tau.. jauh lagi, dalam lagi. On the way banyak rumah, ada kedai runcit, kedai makan ..jgn risau ada sign board. Sampai je terus ke lobi hotel.

Booking:
  • Book - booking.com
  • Ruang lobi, check-in & kunci kat situ. 
  • Harga RM 157.95. Sampai hotel sy bayar RM 167 ni total termasuk 6% tax. 
  • Harga ni termasuk 2 breakfast free & 2 Hot Spring tiket. 
  • Add on breakfast tuk budak RM 18. Harga dewasa RM 20. 
  • Add on Hot Spring harga dewasa RM 15 & budak RM 13.
P/S: Jangan beli tiket Hot Spring kt hotel.. mahal. Hotel jual RM 20 utk budak2. Nasib sy tanya dulu.


Untuk bilik Deluxe room dgn harga tu mmg berbaloi sangat. Sy ada terbaca, kena slalu cek harga kat online, kadang2 online ada tawarkan harga murah utk hotel. Tak ingat lak baca kat blog mana, tapi sis tu berjaya dapat harga Villa ( 3 bilik) untuk RM 100. Rezeki kan. 
Ni pun rezeki dapat datang & dgn harga yg berbaloi. Dah cek online harga dari RM 186 ke atas. Time book tu villa dah full. 
Bagi yang family besar boleh stay kat villa (ade 2, 3 bilik) siap dengan jakuzi & boleh masak/bbq. Tapi villa ni jauh la dari lobi hotel & café.

Sementara Mr.Shah parking..semua tunggu kat sini.

Sempat abg suh mama amik pic dia. Muka happy sangat.

Da dapat kunci jom tengok bilik. Cantiknya la. Time ni mendung..baru lepas hujan.

Kunci bilik 119.. ni bilik GF. Kalau bawa OKU/parents request bilik bawah sbb kena naik tangga.

Ni la bilik kami. Deluxe room.. sy request queen bed. Bilik luas, cuma bab tilam kurang selesa skit..mcm bau hapak… bantal pun sama. Ada extra 1 bantal, ok je la, sbb kejap je kan.

Buka pintu.. almari baju di sbelah kanan. Dalam bilik ade kettle, teh, kopi,  mineral water, iron. Peti ais bawah kettle.

Luaskan .. letak toto budak kat bawah.

TV jenis tv lama, ala yg mcm kotak tu ..tapi siaran yg ditawarkan terbaik gak. Ala.. macamla nak tengok sangat kan. Nanti sibuk mandi je, dah mandi..penat. Budak2 ja yg sibuk buka, tengok kartun. 


Toilet bersih.
Dah rehat kejap..so semua siap nak gi hot spring.

 Sebelah je lobi… xdela seram sangatkan. Time kluar Alhamdulilah..hujan dah berhenti.

Jom gerak. Jalan kaki je, boleh naik kereta tapi fikir nak balik nk tukar baju la, alahai banyak lak cerita kan. Jalan ja la..bagi budak2 ni seronok. Biar dorang enjoy the nature. Dari bilik ke Hot spring dalam 10min je. Tak rasa lama pun.. syok adala.

On the way nmpak café.. tempat breakfast besok. Siap ade taman lagi. Sy suka tempat ni, mmg deko sesuai sangat utk family.. kids friendly.

Jalan sampai la jumpa khemah. 

Ni pintu masuk ke hotspring.. kami tak beli pun tiket utk budak2. Ingatkan kena beli kt sini.. stop kt sini tunggu guard. Alih2 tanya org kt situ..budak2 masuk je 😆

Kita lawat kawasan dulu.

Budak2 teruja tengok… jgn pegang lak air tu ..panas 100c

Jalan2 sampaila tempat ni. Saya ada baca , lumut dalam kolam ni boleh letak kat muka, buat macam scrub. Kalau nak try..boleh la. Sy ade cakap dgn Mr.Shah.. tp kami mcm tak gigih nak try😅

Tempat rebus telur. 1 mangkuk tu ade 6 biji RM 5. Nak banyak.. 30 biji RM 20.

Kita jalan2 dulu melawat kawasan.

Dah habis melawat semua, Mr. Shah suh mandi sini dulu sbb masa lalu tempat ni, bdk2 menjeling je. Tapi baby Qila, Mr.Shah tak kasi masuk, katanya tempat ni kecik, air tak mengalir & ada bau kuat. Kalau baby tu tak yahla bagi masuk.. budak2 besar ni sistem imun kuat dah. Faham kan...😁 Kat hujung bumbung tu café.

Lagi pic kolam.

Sempat saya jalan2..ni la café sebelah kolam tu. Jual air & makanan segera. Boleh la setakat nak beli air, maggi & roti utk budak2.

Tu jalan utama, tempat masuk Hot Spring kalau dtg dari luar. Hujung macam keretapi biru tu tram. Kemudahan yg Felda sediakan utk masuk ke Hotspring. Penah naik benda ni ms stay kat Felda Trolak.

Lama gakla teman budak2 kat waterpark tadi..jalan kat tempat ni lak. Terapi kaki. Dorang le jalan..saya tak boleh, susah betul rasa😆

Kolam ni tak berapa panas, dalam 30c - 35c je. Budak2 pun boleh berendam.

Sekejap je kat kolam ni.

Ni kolam 40c - 45c.

Saya setakat rendam kaki je la..tu pun panas sangat rasa. Mr.Shah boleh je. Dah puas berendam..budak2 sibuk ajak papanya rebus telur. Last time datang tak sempat.. telur dah habis.

RM 5 siap dengan kicap cair. Lada ada disediakan kat tempat jual. Sy sarankan bawa kicap sendiri..lg sedap😆

Teruja dorang .. tunggu je.

Abg tolong adik2 buat. Serius telur yg masak kat situ tiba2 jadi sedap😋 Dalam kuning cantik.

Dah kenyang mkn telur lepak sini lak. Ni air panas..tapi airnya mengalir mcm sungai. Syok berendam, Qila paling suka duduk macam tu, air lak suam ..relax sangat badan.

Sebelum masuk kolam ni, siram dulu badan dgn air sejuk dalam tempayan. Lupa lak nak amik pic tu. 


Dah lewat petang baru mandi kat sini..sebabnya mesti budak2 nak mandi lama kat sini kan. Ade water slide lagi la lama main.

Ni sebelah kolam yg ade water slide, siap pancuran air.

. Ni last stop la..lps ni boleh balik.

Abang2 je main. Mr.Shah tak kasi Qila mandi kat bawah… air betakung kan.

Paham ni !!! kutip blk sampah kita. Baru perasan ade 1 family ni tingalkan pampers anak kat area kolam… adusssss geram rase.

Terasa lengang.. kluar dari taman tadi tempat ni dah kosong. Jom lah balik.. baru perasan dah nak dekat kul 7.

Jalan kaki tak terasa pun..kejap je dah sampai bilik. Balik bilik budak2 tengok kartun je sambil makan roti. Sebelum datang dah rancang tak nak kluar dinner kat luar, malas nk bw bdk2..mesti dah penat kan. Lagipun felda ni ade room service. Baca dari blog gak..katanya berbaloi makanan hotel, so order jela. Tak yahla susah2 nak bawa semua keluarkan.. lagipun capati petang tadi ade lagi.

Saya order nasi grg je.. tu pun utk budak2. Nak order yang lain macam dah kenyang.. maklumla, kat kolam tadi makan macam2😆 Harga berbaloi la bagi saya utk makanan hotel.. tak la mahal.

Sebenarnya nak order coffee, tapi fikir..nanti la nak ajak Mr.Shah pegi minum kat café..alih2 tertido😝 Agaknya penat mandi..jalan dalam Hot Spring pun sekian kan.

Room service..kejap je dah sampai. Bayar depan pintu. Berbaloi sangat utk RM 13. Sy order 2 set.. tapi nasi grg pedas skit. Bab rasa.. terbaik la, sedap.
 Boleh je nak amik dinner kat café hotel..disebabkan penat, order je. Memang senang la stay sini. Service cepat...makanan sangat2 berbaloi. Ade baca blog..katanya char keaw teaw hotel, paling sedap.

Meranti Coffee House



On the way lalu, nampak...wah. Memang padi...cantik je, yg menjalar tu pokok kacang panjang.

Bangun awal jam 7, terus pegi café.


Menu sarapan yg ada nasi lemak, kari ayam, sosej, roti bakar, buah, mee sup, bubur nasi, ke teaw grg, roti canai, corn flakes, jus buah, teh & kopi. Tu je ..bolehla alas perut. Biase je.. ke teaw sedap. Pakej hotel ni dah termasuk free breakfast utk 2 orang. 
Boleh add on breakfast utk budak2 RM 18 ( 4y -12y). Dewasa RM 20. Bagi saya la tak berbaloi bayar utk budak2, makanan biase je.  
Time nak gi ni dorang still tido lagi..semalam tgk kartun sampai lewat. So , biar jela nanti leh beli kat dalam Hot Spring... sy bw Qila je.


Gazebo ni mmg disedikan pihak café. Nak makan kat situ pun boleh. Sambil parents makan..anak2 boleh main kat taman. Senangkan.

Sempat bagi Qila main. Dah la jom balik..nak kejutkan abg2 mandi kolam.

Jom jalan.

Awal pagi datang.. kosong lagi, tapi tmpt ni dah panas. Patutla Mr.Shah suh datang sini dulu..katany kang terik sangat.


Pagi baru nk bawa pelampung Qila..barula boleh berenang.

Ni bekal utk abang2.. nasi lemak 2 bungkus, wafer 2 set & air tin.. RM 17. Lama gak la dorang mandi. Saya jam nak dekat 10 dah bawa Qila balik. Mr.Shah tengokkan abg2...yg masih nak berendam. Sambil tu siapkan bag..nak check-out.


Padang luas, kadang2 nampak anjing.

Dah siap semua ..jom la balik KL.

Cantik kawasan ni.

On the way balik singah kat Aeon dulu, makan2.



RPP FRASER'S HILL

Book sama dengan RPP Pangkor. Survey masa tu tengok ade kosong terus je bayar. RPP ni macam pisang goreng panas. Lambat sikit je habis. Allh...