Friday, 20 September 2019

Pantai Puteri Hotel, Tanjung Kling Melaka

Review Pantai Puteri Hotel 3
Review makan Grobok Salai

Check-in:1 September 2019

Last minute booking, sebab masing2 available hujung minggu. Apa lagi bawa la anak2. Pilih Pantai Puteri sebabnya anak2 nak mandi pantai. Nak gi PD mcm baru sangat gi Glory hr tu..so Melaka la. Boleh jln2 cari makan skali. Dari KL ke Pantai Puteri dalam 2 jam lebih. Banyak2 hotel sy suka Pantai puteri, sebab utama :

1) Hotel dekat dengan pantai, ade kolam
2) Selesa, sesuai dengan 6 beranak ni
3) Harga sangat berbaloi.. lg pun sy beli pakai booking.com.. dpt murah. Nak murah..nah link saya😁dapat 10%
https://booking.com/s/c2961707
3) Pantai Puteri ni cantik, bersih, ramai berkelah, ade yang siap camping lagi
4) Kedai makanan banyak, pasar malam hari Ahad, sekitar pantai banyak jual makanan, makanan hotel pun sedap & berbaloi.
5) Pool sesuai utk anak2 je.. nak terjun2 tak leh le😆

Bertolak awal sebabnya nak singgah rumah pengasuh Qila.. kat Pengkalan balak.

Singgah rumah makyam, siap makan lunch.. nenek masak pucuk ubi jering masak lemak, ikan gelama goreng, asam pedas ikan jenahak. Mmg banyakla geng ni makan hiii.  Lama singah rumah nenek, siap bawa balik rambutan 1 bag plastik besar. Nenek kata bekal makan kt pantai..tu bukan bekal..mcm nak jual ha..ha. Lepas mkn budak2 ni seronokla ada aktiviti..main Beyblade mmg suka la.


Dah sampai...kali ke-3 check-in. Alamat hotel:
Pantai Puteri Tanjung Kling,
Mukim tanjung Kling,
Daerah Melaka Tengah,
76400 Melaka.
Tell no: 06-3535555


 
Ruang masuk hotel. Tengok Haziq kt hujung tu.. mmg jenis mcm tu😒😄

Receptionist area & tempat ambil towel untuk pool nanti.

Dah settle semua jom masuk. Sy book standard room biasa..tu je yg ade. Nasib cepat grab..kalau tak jenuh nak cari hotel. 
Booking.com price RM 115 + RM 2 heritage charge.
Tapi rezeki anak2 pihak hotel dah upgrade room sy ke family room. Best kan..sebab tu sy suka booking.com. Bilik kami 715 maksudnya tingkat 7 (last).

Nah.. bilik selesa, bersih. Mr.Shah sambungkan je katil..ha senang. Lupa lak nak snap pic lain😄

Sekejap je rehat.. budak2sibuk nak mandi. Dah la jommmmmm.

 Nah kawasan kolam. Sebelah hotel ni, jenis perumahan kondo. Itu pun boleh duk, jenis homestay. Budak2 mmg suka sangatla kalau dapat mandi.

Sekejap je mandi kolam.. Mr.Shah dah ajak mandi pantai. Ambik tikar dulu..tikar pun baru beli depan rumah RM 10😁

Yeahhhh.. Qila suka sangat kalau duk mcm ni. Tenang je. Orang ramai, maklumla time cuti kan..siap ade yang berkhemah, buat bbq lagi. Jangan risau tempat ni selamat, ramai orang.. malam ade lampu.

Agak terik time ni..so lepak bawah pokok..jauh skit dari pantai. Hati-hati… area bawah pokok banyak semut..adusss bnyk kena😁

Cantik air.. ok la tu, jgn bandingkan dengan pulau lak hi..hiii😝

Suka la Qila.

Mr.Shah teman budak2 mandi.

Cantik

Mama asyik teman Irfan.. tak nak mandi, asyik main pasir je.

Irfan jadi model.

Dah la...jom balik, mmg syok lepak sini. Time gerak, ramai lagi orang kat pantai.

Suasana malam, area hotel.

Ni makan kat Asam Pedas Pasar Borong..roti canai habis lak. Tempat mmg ramai..kena pandai2 cari tempat duduk..kena cepat😝 Danish order nasi grg ayam..kejap je da siap, nasib cepat ..semua da lapar. Mr.Shah order nasi lemak & asam pedas pari. Saya rasa je.. mmg sedap la asam pedas ni. Dah kenyang jom la balik...tido.

Ni morning view..bawa je apa yg ada. Sy mmg da siapkan roti, biskut & air kotak. Tapi kalau nak sarapan, hotel ade sediakan..sedap makanan hotel. Tak nak makan hotel, sebelah hotel pun ada. Area hotel banyak sangat jual breakfast..dont wory hiii.


  • Sambung mandi


Yg ni masalah..sbb nak ikut papa, nk mandi je😁

Pantai ni kena seberang jalan.. jalan besar la juga. So ..parents hati2..pegang anak2.

Matahari dah naik..Mr.Shah ajak mandi kolam..ni kira last la. Seronok ja bdk2. Kul 10.30 semua naik..nak kemas2.

Dah la..jom check-out.

Time nak check-out nampak kt kaunter jual. Berbaloi beli, RM 10 penuh ikan bilis. Datang hotel ni kena beli lagi. 

On the way balik Kl wajib singah makan dulu. Masuk sini, jalan cari makan. Selalu singah kedai Pak Raub, cuti lak.. so singahla kat Grobok Salai. Kedai ni dulu nama Sabak Salai. 

Ni ha pintu masuk. Sebelah kanan jual cendol & air kelapa. Sebelah kiri jual pisang grg, kuih2 & ade kedai jual kerepek. Sy be pisang grg je dulu..sbb Nampak kedai ramai sangat orang. Risau bdk2 lapar..jamu pisang grg dulu.


Lauk yg saya ambil : Udang masak lemak RM 19 se-ekor. Daging salai masak lemak, sayur petola utk bdk2 & sotong grg. Mr.Shah ambil itik masak lemak.. menu wajib dia cari klu dtg area sini. Total campur air Rm 70 lebih. Dah ambik menu ni baru perasan, ade ikan bakar..tak pe next time datang.. try. Makanan semua sedap, tapi utk budak2 mcm tak banyak pilihan maklumla anak2 saya tak makan pedas. Lauk udang tu mmg sedap. 

Wahhhhh.. da habis cuti kali ni, simpan dalam blog.. boleh tgk. Bulan September 2019.. ade 3 kali cuti isnin. Seronok la budak2.. dalam ingatan gak bulan september jerebu. Bertabahla kita semua.








RPP FRASER'S HILL

Book sama dengan RPP Pangkor. Survey masa tu tengok ade kosong terus je bayar. RPP ni macam pisang goreng panas. Lambat sikit je habis. Allh...