Date:30/04/2019
Review De Palma Kuala Selangor
Dah lama nak book tempat ni sbb viral kat fb tapi disebabkan kekangan masa dan tempat ni pun selalu full, takde la singgah . Teringat tmpt ni sbb nmpk kalendar cuti Hari Pekerja, alang2 bolehla singgah, lagipun saje bw budak2 sebelum puasa, lg pun ni je tmpt yg dekat dgn dengan KL.
Awal bulan dah book takut full. Sy cek-in 30hb, nasib ade bilik. Sy mmg enjoy klu datang Kuala Selangor, bnyk je tmpt yg boleh lawat.. makanan sedap2 & boleh beli barang basah murah2.. udang, sotong, ketam.. wajib beli. Siap bawa cooler box lagi.
Budak2 happy sangat bila sebut hotel ada kolam.
Qila ni dari 3bln dah bw jalan2. 1st holiday kat Cherating masa tu br 3 bln. Rasa mcm susahnya nak jln dengan 3 boys pastu dengan baby lak.. tapi Mr.Shah slalu ckp..senang je, boleh je. Fikir 1 je.. nak bagi anak2 seronok. Kita pun tumpang relax kan. Mmg senangla jadinya klu kita da siap semua benda dr mula. Selalu pesan ke anak2..sentiasa jaga perangai.
Allhamdulillah, senang sangat girl ni..mcm abg2 kalau berjalan mmg diam. Perjalanan dari KL ke De Palma lebih kurang sejam. Tak singah mana2 pun. Pusing2 area Bukit Melawati cari makan..jumpa kedai mamak singahla beli mee grg. Cukupla, malam nnti baru jln2 cari makan.
De Palma Hotel
Sy book melalui booking.com. Book awal, susah sangat nak book kalau on the spot, sentiasa full. Ni pun rezeki dapat cek in 30hb itu pun sbb hari bekerja kan.
Sebelum pergi saya call hotel utk confirm nama, mana tau tiba2 hilang lak nama..kesian bdk2. Mase call pihak hotel inform dah update reservation ke family room. Sebab tu saya suka book guna apps booking.com ada free upgrade room, make sure book melalui mobile sbb dpt lg murah. Allhamdulilah, rezeki.
Dont worry klu bw anak2..bw je toto sbb polisi hotel - all children are welcome.
Bilik ni tak termasuk breakfast.
Tapi klu nak, breakfast untuk dewasa RM 15, kanak2 RM 12 - murahkan, ade baca review makanan hotel ni sedap, nnti kita try😚
Bilik yg sy bayar :
Bilik jenis Villa
RM 116.64 + tax = RM 126.00 (bayar di hotel)
Harga bilik utk Villa - 2 katil single tapi Hotel dah upgrade ke family room (2queen bed)
Dah sampai.
Pagar utama hotel
Kawasan lobi
Pintu utama hotel..budak2 sibuk tengok kura2.
Lobi hotel, cantik & kemas. Suka tengok lampu.
Panas terik kt luar.
Cafe
Semua mengankut barang..banyak lak bawa, bknnya baju yg banyak..mainan budak2 ni.
Lalu kawasan kolam, budak2 dah teruja nk mandi..panas lagi time ni walau dah kul 5, yang bestnya kolam tak de orang.
Haziq paling teruja.
Kawasan villa
Villa Anjung Seri..bilik saya blok bawah di sebelah kiri. Ruang balkoni boleh buka utk santai.
Da sampai.
Tanjung Suite, Room 504
Besar betul bilik ni. Mmg berbaloi la sy dapat. Thank you De Palma upgrade my book to family room.
Irfan suka betul.
Haziq sibuk cek toilet, ada tub.
Bilik bersih, kemas. Cadar bersih, wangi. Selimut tebal, bantal pun selesa. Saya sertakan lg gambar bilik :
Terus buka TV. Channel asas je..sempat la relax jap sambil minum. Suh makan mmg takla..sibuk cakap pasal kolam je ha.
Abang pun da bising2..jomla kita mandi.Yeaaaa, Qila dah siap..baju mandi baru beli kat shopee..cantik sangat siap ade headband.
Alang2 da bawa toto letak la kat bawah, senang Qila nak main.
Kawasan Kolam
Mr.Shah bahagia dpt rehat.
Ini yang paling saya suka, mmg recommend hotel ni. Sesuai sangat kolam ni untuk baby saya 8m. Tapi sentiasa la tengok dia.
Kawasan kolam :
Tengok Irfan..seronok sangat la tu. Kul 7 baru balik...dah mandi terus makan, mesti la lapar kan..mandi kolam tadi.
Haiiii la anak.. lps mandi siap beselimut, best la tu, sambil mkn kepok.
Ni pic kat balkoni..sarang burung..menjerit2 dorang excited tgk.
Qila pun sibuk kalau abang2 main Beyblade. Jam 8, papa ajak jln2 cari makan.
Berebut naik buai..kan dah kena.. tejatuh haziq..kesian dia.
Lampu2 kwsn hotel ni berubah2. Cantik kan...sy share kt sini:
Sotong tepung.. takla secantik kat area Kuantan tapi bolehla sedap.
Ikan siakap ni besar sangat, mula2 tekejut besar sangat..tapi bila dah makan..kejap je la. Minum air lemon, teh limau, tembikai susu..teh-0. Nasi order utk 3 org makan..tapi telebih lak mcm 6 org makan.
Total makan : RM 93.30
Danish paling best la makan..licin la ikan siakap tu..suka sangat dia.
Rezeki betul, jiran sebelah bagi kek macadamia...lps mkn nasi pun leh hadap ni.
Kawasan restoran D'Coral
Meja makan mmg kat situ, sesuai utk couple date...but malap sikit tempat tu. Tempat ni kosong je..ke sbb hari kerja kut.
Ni penghujung restoran..saja pusing tgk keindahan malam.
Sempat lagi bergaya.
Perut dah kenyang..jalan2 pun dah.. jomla balik, penat betul maklumla papamama half-day. Balik dr kerja kul 1 terus jalan ke De Palma.
Balik sambung main.
Penat sangat..katil ngam 3 boy ni tidur.
Morning !
De Palma...lepas makan pagi terus nk mandi kolam. Sy tak ambil pakej breakfast..beli roti & air kotak je prepare untuk budak2. Saya & Mr.Shah buat nescafe je. Dah fikir nak jln2 cari makan kat luar.. bnyk tempat makan nak try.
Ni anak jumpa.. terpijak. Ingatkan benda apa..rupanya sejenis cendawan. Besar penumpuk saya gak la.
Sekeliling chalet banyak cendawan ni.
Saya share kawasan chalet. Sesuai sangat kalau datang berkumpulan :
Cantik view chalet.
Chalet dalam bentuk bulat..mengadap padang. Best ni kalau ramai2..sambil makan, lepak. Malam2 boleh buat aktiviti.
Ade track utk jambatan gantung.. tapi tak pasti boleh naik ke tak.
Sambung mandi
Sementara mama sibuk ambil gambar, abang tolong tengok Qila.
Takde orang syok sangatla mandi
Kawasan gelongsor ..pagi agak panas nasib ade gelongsor ni..terlindung skit :
Kolam renang dewasa (4 kaki dalam)
Abang no 3 ni mmg mcm ni. Qila balik dia pakai pelampung..saje katenya.
Dah siap2 utk check-out. Sempat lagi main.
Kawasan De Palma yg sempat saya snap. Cantik sangat..penuh dengan pokok2... paling best pihak hotel tanam pokok buah-buahan. Syok je tengok buah jambu air & mangga bergayut atas pokok.
Dah..jom check out.
Sempat tengok kura2.
Check out jam 12, jom la cari makan. Lunch kat restoran Lembah Bernam, Sekinchan. Pelbagai juadah ada termasukla yg eksotik. Dari De Palma ke Lembah Bernam ambil masa dalam 30 minit gak. Perjalanan dikeliling sawah & tali air. Time sampai tu, dah nampak kawasan restoran penuh, siap ada bas rombongan dari istana Selangor.
Antara menu yang sy ambil. Ikan baung masak asam pedas.
Ikan sepat (2ekor) & keli grg.
Ulam2 banyak sangat, sambal belacan sedap.
Kejap je dah habis..lapar.
2 kali tambah nasi..mkn dgn ikan keli pun sedap.
Alahai Qila..nasi putih ngan isi ikan je sy suap.
Yg ni pun makan banyak..sedap katanya kuah masak lemak ikan keli.
Makanan eksotik seperti rusa, kijang, landak, belut. Pilih je nak makan br order. Saya order udang galah, sekor RM 3 je.
Daging rusa masak blackpepper.. ni anak sy suka sangatla..dia ja mkn banyak. Berbaloi ni banyak & sedap. Antara menu wajib makan.
Mr.Shah nampak tempoyak… tak kan la tengok je kan..mesti la ambik😝
Siap cakap.. nak makan tempoyak kena mcm ni la, asingkan tempoyak dgn cili. Mmg sedap. Total makan kat restoran ni sekali air dan keropok RM 72. Tempat wajib repeat walau jauh, sedap murah berbaloi.
On the way balik, singah2 ambil gambar… sy mmg suka amik pic nasib dapat suami yang memahami.
Abang adik ni.. paling teruja tengok sawah.
Lepas tu singgah pasar Sekinchan, agaknya time cuti pasar pun tak ramai meniaga tapi mmg murah la pasar Sekinchan..lagi murah dari Pasar Penambang. Tak beli apa pun sbb sotong udang..kecik2.
Sampai Penambang, tempat wajib singgah kalau datang... betul2 sebelah Pasar Penambang. Kedai jual air kelapa pandan, laksa dan pisang goreng.
Abang ni bab makan mmg pandai order.. bayar sendiri tau.
Beli pisang goreng & keropok lekor.. sedap sangat sampai repeat beli.
Alang2 da sampai..order laksa Perlis. Order 1 je la sbb semua pun dah full..saje nak rasa kan. Bolehla. Lepas je makan terus singah Pasar Penambang, sempat la beli udang laut besar sekilo RM50, sotong mmg cantik2 sekilo RM28. Ikan2 tak berapa. Jenis barang mcm ikan bilis, udang kering, ikan masin..bagi saya la mahal.. sbb klu tmpt saya lg murah & segar, cantik2.