Friday, 29 March 2019

Glory Beach Resort Port Dickson - Airbnb


Check-in : 30/03/2019
Review Glory Beach Resort PD

Cuti kali ni saya ambil dari Airbnb. Sebelum ni ade tengok2 Airbnb tapi lebih prefer hotel tu yang tak pernah book. Disebabkan cuti sekolah, semuanya full, mahal lak utk 3 bilik saya pun decide ambil Airbnb je( sebabnya nak 2 bilik je). Try google jumpa 1 host kat Airbnb pastu terjumpa blog yg share voucher Airbnb. Apalagi .. syok la kan. Ni 1st time saya guna Airbnb. Sy pun daftar Airbnb, senang dan mudah. Nak murah copy link saya.
Have you tried Airbnb? Sign up with my link and you will get up to RM165 off your first trip. https://abnb.me/e/I8EYygupK2?suuid=8ac8900b-2a17-4a05-a8d8-30a3cac761e9&slevel=0

Di bawah contoh voucher saya dapat (RM 105). Nak jimat boleh copy link tu dan dapat rebate RM120 utk mana2 penginapan (penginapan berjumlah RM240 ke atas). Sangat berbaloi sebab time cuti sekolah harga hotel naik.



Nak gerak dah. Perjalanan dari KL ke PD lancar walaupun cuti sekolah. Sebelum sampai Glory singah dulu beli makanan di kedai Warung Salai (Original Nismilan recipe) sebelah hotel Langit Langi. 

Glory Beach Resort Service Apartment

Yeah dah sampai. Bilik Blok F (F7-9)
Apartment 2 bilik
Da sampai call unit owner, dia datang bagi kunci.

Bilik tidur utama, ada extra 1 tilam & 2 bantal dalam ni

Bilik budak-budak, extra 2 tilam.

Dapur-peti ais, microwave, kettle, pingan mangkuk semua disediakan.

Bilik air, 2 je towel 😅

Ni dari balkoni..cantik sangat.

Sibuk je ShahIrfan kacau girl.

TV chanel Vision, budak-budak asyik tengok kartun.

Ni bekalan dari Warung Salai (Original Nismilan recipe). Sedap betul cumanya ikan pari tu sayang ada bau..biasala klu order ikan pari mmg akan terkena. 
Menu :Nasi 5 bungkus, ulam 2 set, Ayam rempah, sup tulang, ikan pari bakar, ikan keli grg, masak lemak daging salai campur manga + pucuk ubi (serius sedap gile..1st time makan masak lemak letak manga), air sirap & fresh oren, semuanya total : RM 53 … murah & sedap.

Glory mini Zoo

Dah senang perut, terus pergi kolam, cuaca pun mendung.. sesuai la. Sebelum mandi Mr.Shah ajak tengok mini Zoo. Sebelum ni duduk Lexis pun da jalan2 sini.. tu yang ambil sini lak.
Glory mini Zoo, belakang tu kura-kura.

Mr.Shah cakap sebelum ni ade ikan besar..cari2 takde la pulak.

Nampak arnab besar.

Sempat tengok burung.

Muka banyak happy

Mini zoo turtle.. banyak anak penyu. Last year datang ade seekor je penyu.

Kawasan kecik je

Kawasan kolam

Dah melawat zoo, terus mandi kolam.

Ini lah suasana cuti sekolah, padat.

Full house.

Satunya tempat gelonsor..yg ni ShahIrfan tak nak naik..takut katanya. ShahHaziq je berulang2 naik.

Pantai


Girl macam geli mula2. Sebab utama pilih Glory, budak2 nak kawasan pantai..nak main pasir katanya.. tapi mainan pasir tak bawa. Memang suka la dapat main macam tu.
Aktiviti main pasir ni bagus untuk ransang minda anak2.  

Punyala ramai, sebelum ni datang..lengang, tak de orang lansung. Ni siap ada banana boat, jet ski dan orang jual aiskrim.

View cantik mengadap Lexis chalet.
Suka la girl abang2 layan. Start bawa girl masa 3 bln..tengok je dia abang2 mandi kolam. Ni da masuk 8m perkenalkan dengan pasir dan air laut.

Suka betul korek2 pasir..katanya cari ketam 😝

ShahHaziq suka betul main pasir. Lepas main pasir, budak2 sambung mandi kolam. Mama dengan girl naik dulu..girl dah penat.

Tak pasti perayaan/event apa..bunga api view cantik sangat. Tengok ni dulu sebelum cari makan.

Ajak Mr.Shah makan kat tepi pantai. Sebelum lepak sini pergi pasar malam, tapi takde makanan menarik terus je makan kat sini.  Last year datang sini rasa syok sangat..makan kerang banyak. So repeat la tempat yang sama. Mr.Shah cakap banyaknya mama beli ..tapi habis juga.

Best lepak sini sebab makan sambil duduk.

Bukan duduk je..sambal baring ha.. yang ni ntahla..macam2 perangai.


Girl ni selalu tidur awal, tapi kalau berjalan..syok sangat dia..tak buat perangai, ikut je. Sebelum balik jalan2 kawasan pantai dulu.

Ni view pagi dari balkoni. Cantik..dah ramai mandi pantai padahal jam 7.30am. Malam pun ade je geng yang mandi..ramai2 lepak sambik bbq.

Sambung mandi kolam.

Nak buat tanah kubur katanya.


Cerah langit.

Sempat lagi main. Bawa girl kejap je..pastu terus mama naik atas. Abang2 mandi mmg lama.

Mama teman girl sambil tengok kartun..ceria dia.

Gambar ni ambil sebelum nak check-out. 

Penat sangat girl. Dah jom check-out..yang penting cari makan dulu.

Lalu kat PD-Waterfront, Nampak McD..berhenti jap beli aiskrim. Sambil2 relax minum kopi, makan aiskrim, kita rehatkan mata..cantik sangat permandangan.

Teruja budak2 tengok laut.


Sempat lagi ShahDanish bergambar.



Dah relax..terus masuk bandar cari makan.

Nampak kedai nasi ayam, berhentila tgk ramai je masuk. Memang sedap nasi ayam kat Sukand's Food Station. Bubur ayam untuk girl pun sedap macam bubur McD 😋

ShahDanish je order chicken chop. Sedap sangat katanya. Da kenyang semua baru gerak ke KL. Ingatkan jem sebab da last cuti sekolah, rupanya elok je jalan… Alhamdulilah. Seronok sangat budak2 kalau jalan2 ni. InsyaAllah next stop kita ke Selangor lak.. sebelum puasa😍

RPP FRASER'S HILL

Book sama dengan RPP Pangkor. Survey masa tu tengok ade kosong terus je bayar. RPP ni macam pisang goreng panas. Lambat sikit je habis. Allh...