Tuesday, 12 February 2019

Everly Resort Hotel Melaka/ Riviera Bay

Review Riviera Bay homestay
Review Kedai Pak Raub, Pedas Linggi
Review Roti Canai Arang, Bachang, Melaka
Check-in: 01/02/2019

Saya book cuti hari Wilayah, saje nk bw anak2 mandi kolam. Mulanya nak pergi Cameron macam tahun lepas.. tapi takut jem, alih-alih gi Melaka je lah.  Pilih Melaka sebab boleh singah kampung skali, yang penting ada kolam dan pantai. Sebelum ni selalu stay kat Pantai Puteri Hotel, disebabkan area pantai Puteri ada renovation tak jadila check-in situ. 

Google hotel kat Melaka,  cari area pantai, alih-alih nampak satu resort ni view kolam cantik sangat, nama Melaka Relaxation Sea View (nama dalam booking.com). Tak banyak maklumat pasal tempat ni, so saya google Trivago dan agoda. Rupanya nama lain tempat ni ialah Everly Resort Hotel. Tempat ni da banyak kali tukar nama. Nama baru Riviera Bay Resort. Tempat ni lebih kepada service apartment. Sebelah dengan Shah Chalet.

Perbezaan resort/hotel ni, kalau book melalui : 
Agoda: ada banyak bilik, cadar biasa.. hotel style.
Booking: under owner

Saya book kat booking.com under owner unit sebab gambar bilik, cadar cantik. Nampak lagi selesa untuk family. Harga agoda/booking lebih kurang ja. Kalau agoda ade 1 bilik harga dalam RM 79 ke atas.

Saya dapat 1 apartment RM 200 (2 bilik).

*NASIHAT SAYA:BACA REVIEW
*saya book lepas saya baca review dari agoda & tripadvisor. 99% cakap tempat ni menakutkan,  menyeramkam, lif rosak. Terasa nak pergi juga sebab tengok view kolam, pantai cantik sangat. So.. kita pergi je.. nasibla.




Gerak jam 10.30am, awal sebab nak singah kedai makan Pak Raub dekat Pedas, Linggi. 
Abang Danish jaga gegirl.


Singah kedai Pak Raub, makanan wajib ..masak lemak daging salai, perut..sedap sangat dapat makan dengan sambal belacan & timun. Budak-Budak ambil ikan keli goreng ngan masak labu. Sebelum balik saya sempat ambil kuih, muffin,macaroni,kerepek,tapai 😁..sangat-sangat berbaloi makan sini, da la sedap sangat, murah lak. Sekarang  da upgrade air. Sebelum ni air sirap je..ni da tambah air teh, kopi, air free tau. Pergi dan balik saya singah..time balik siap beli ayam salai (ni kat kedai lain tapi area yang sama).

    
Mertua pun suka ayam kampung salai, tempat ni memang sentiasa penuh. Dah kenyang kita gerak.. pakai google maps je.


Riviera Bay Resort-Melaka Relaxation Sea View.
Unit 414, 10 KM Tanjung Kling, Melaka, 75250 Kampong Lereh, Malaysia

Kawasan ni memang selalu lalu, tak sangka lak di sebalik condo ade view yang cantik sangat.  Mula-mula masuk pintu gerbang biasa je. Keadaan sunyi sangat, ade beberapa biji kereta. Mr.Shah pusing sampai belakang..nampakla pantai, cantik, luas & berangin. Sementara tunggu owner, Mr.Shah park kat lobi atas..sunyi sepi dan kosong. Lobi memang kosong takde tempat check-in tapi tempat ni bersih. Macam peliklak kawasan luas, besar tapi takde orang. Bab kebersihan saya bagi 5 star..kawasan sangat bersih, xde sampah lansung, even pokok2 pun tersusun cantik, pokok bunga banyak. Kalau ikut review memang berbeza sangat dengan apa yang saya tengok.

Da dapat kunci.

Saya tunggu owner kat tempat parking . Owner unit ni Chinese, dia akan bawa naik atas. Saya bayar cash dan deposit RM100 (dipulangkan time check-out). Sy pangil dia Moi je… sangat peramah. Sebelum datang dia ade wassap cerita pasal tempat ni, siap mention tempat-tempat yang saya patut pergi. Padahal.. mmg selalu datang pun hiii.

Ruang dapur.

Buka pintu je nampak ruangan dapur. Ni bilik sy, tingkat 4..bilik 414. Masuk bilik macam teruja kejap sebab bilik besar. Boleh muat 4 family. Owner deco cantik. Semua kemudahan ada, pingan cawan, peti ais, microwave, steam iron, kipas, stiap bilik disediakan extra toto,selimut,tuala dan bantal. Betul feel like a home.

Bilik utama dengan balkoni, mengadap kolam dan pantai. Buka balkoni ..lepak kt luar tu sambIl tgk pantai, kapal2 lalu, ya Allah..relax sangat.

Ni view dr bilik utama,  MasyaAllah, first time tengok cantik sangat. Terpegun sekejap..cantik. Sunyi sepi maklumla cek-in hari jumaat. Owner cakap weekend ramai orang. 




Alahai girl ..suka sangatla. Bila berjalan muka banyak happy. Luasnya bilik, anak-anak boleh je tido sini. Dalam almari owner dah sediakan toto dan bantal tambahan.


Bilik air utama.

Ruang tamu, luas dan bersih.

Bilik tidur ke-2.

Dalam almari ada extra toto dan bantal. Bilik ni mengadap apartment sebelah. Owner sediakan mesin basuh kat luar. Bilik ni utk nenek.. budak2 nak tido depan TV katanya.

Cantikla deco ni.

Da masuk rumah, budak-budak memang tak sabar nak mandi..tapi sebab panas terik sangat..lepak dalam rumah dulu sambal makan-makan. Jadi tempat lepak boboi, ngan adik pun sibuk mencelah. 


Kul 5pm mcm tu cuaca da redup skit..jommmm mandi. Bilik ni dekat dengan lif. Turun lif je belok kanan da nampak kolam. Saya ade baca review bekenaan keadaan lif yang rosak, lampu blok rosak dan kolam yang berlumut. Setakat saya duduk lif memang takde masalah, lampu di setiap koridor dan kolam pun bersih. Kawasan kolam dibuka start jam 8.00 am sampai 10 malam. Jam 7 lampu kawasan kolam menyala.

Kawasan Resort


Memang sunyi, mula2 sampai jam 5 tu kami je yang mandi. Dah lewat sikit baru ade orang. Atas skali penthouse.





Sayangnya tak bawa tikar..kalau tak boleh letak girl, boleh baring-baring.. sbb memang takde orang kawasan ni. Nasib ade tempat duduk..bolehla, mama ngan nenek makan-makan je… relax sambil tengok kawasan. Kolam pun ada, banyak ikan.

Kawasan Kolam





Cantik kawasan kolam, bersih. Hujung kiri tu kawasan bar, ada tempat duduk..tapi dalam bar tu ade kesan tingalan barang lama. Kononnya bawa mainan pasir nak mandi tepi laut tapi sbb kes obor2 tak berani lak. So mandi kolam jela .

Dah jam 6 baru nampak family lain.. sempat la berborak. Family dari Johor, memang selalu check-in sini, sebabnya tempat ni yang paling selesa dan sunyi. Family ni book melalui agoda.. katanya dorang dah kenal lama Encik dr agoda tu. Memang ramah.. kalau book melalui agoda, time check-in jumpa kat parking gak.

Kawasan Pantai




 

Ni kawasan pantai, private beach. Owner dah pesan kawasan ni banyak obor-obor, dah ada kes, so management tutup. Ade gak orang dewasa sekitar pantai tapi jalan2 je la. Jangan mandi lak kang gatal2. Tengok kawasan ni cantik, dengan kedudukan resort yang betul-betul depan pantai..cantik sangat. Hujung sana.. view kanan dah kawasan bandar, pantai Klebang. pokok bunga kertas purple tu banyak sangat dalam kawasan resort.. cantik betul, meriah bunga.


Ni kawasan lobi. Kosong je.. ade la peninggalan tempat check-in. Memang menakutkan pun masuk sini. Patutla dorang review macam tu. Sayang kawasan ni cantik, luas tapi di biarkan kosong. Budak2 mandi sampai kul 7, dah gelap lampu terus on kat area kolam. Dekat maghrib baru balik… rehat dulu sebelum keluar makan.


Tengah tunggu papa..nk gi makan.

Disebabkan semua dah kelaparan..maklumla terlebih berenang, Mr.Shah berhenti kat area resort gak. Dalam 5 min perjalanan selpas keluar pagar akan nampak kedai Paris Tomyam. Danish yang perasan kedai ni katanya ramai orang boleh pergi mama.

Saya order mee tomyam, banyakla sotong. Danish cakap makan kedai Paris tomyam ni macam kat Paris mama. Dinner order keropok lekor, kerang bakar, nasi grg cina.. laju je makan semua. Banyak jugala order time dinner ni rasa berbaloi dengan RM51.

Balik dari dinner trus lepak maklumla kenyang semua.

Lepas makan budak-budak ni macam fresh je..ade je benda nak buat. Bangga dengan owner ni, walau Chinese still sediakan sejadah, ayat Kursi dan Al-quran. Tu budak-budak ambil baca. Owner tu cakap semua tu bekas peningalan penyewa sebelum ni, so dia biarkan je.



Makan-makan sambil tengok tv- tengah layan movie Ant-Man. Kalau Irfan mmg muka macam tu. Lambat juga tido sebab layan movie.

Bangun pagi Mr.Shah ajak jalan cari makan. Jauh gak mencari sampai ke kedai makan Roti Canai Arang. Sedap, yang pasti banyak pilihan kuih, roti canai, nasi lemak, siap ada sotong giant... rambang mata tengok.

Mr.Shah cakap tmpt ni viral, sentiasa penuh, sampai je kami dah melilau cari tempat duduk. Sebelum dapat tempat duduk dah order sotong giant RM13..kejap je licin. Nenek awal lagi dah amik kuih.


Mr. Shah try nasi lemak, ada kankung lagi… order 1 ja sebab nak rasa.Roti canai wajib la order kan, sebab masak atas arang .Tengok Danish.. makan mmg macam tu. Roti tampal tu untuk Mr.Shah. Da kenyang semua.. jom balik, budak2 nak mandi kolam. 

Balik dari breakfast terus sambung mandi. Kolam dewasa ni tak sesuai budak bawah 8 tahun tau, tengok da takat leher, Mr.Shah tolong tengok baru saya lepas. Saya pun memang tunggu kat situ je. Kat tengah lagi dalam.. so hati-hati ye.

Itu hari gi Cherating Qila baru 3 bulan, ni da nak masuk 6 bulan.. Mr.Shah biasakan kaki je, tapi tak la mandi, risau lak air kolam tak sesuai. Tapi dari reaksi tu macam suka sangat..nanti jadi mcm abang ye..senang, dah pandai berenang. Kul 10.30 je semua naik, lagipun dah terik. Jom la siap2..check-out.

Jam 11.30 saya wassap owner nak check-out. Nanti owner datang bilik untuk pulangkan deposit. Sebelum balik sempat saya amik gambar. Cantik view dari bilik, dengan cuaca yang terik.. tempat ni ala2 pic dari oversea gitu ha..ha.

Yeaaaa, habis dah cuti. Enjoy betulla stay sini. Kesimpulannya, tempat ni ok sangat. Bagi sayala. Tempat ni selesa, cantik, bersih, bilik besar, kolam besar..cuma sunyi tapi takdela rase seram ke ape seperti review yang saya baca. 

Saya pernah pergi tempat yang lagi menakutkan dr ni..PRCC, Port Dickson. Rasa something wrong kat PRCC tu, no wonder tempat tu da tutup sekarang and still under renovation. 

Jadi berbalik pada tempat ni, anak-anak suka sangat, siap cakap nak datang lagi. Tempat ni kalau ade management baru buat macam hotel, mesti ramai datang. Even, family yang saya jumpa pun cerita dulu-dulu tempat ni syok sangat.. hotel sediakan makanan sedap-sedap, malam-malam berkumpul tepi pantai.
































RPP FRASER'S HILL

Book sama dengan RPP Pangkor. Survey masa tu tengok ade kosong terus je bayar. RPP ni macam pisang goreng panas. Lambat sikit je habis. Allh...