Saturday, 19 May 2018

LEXIS PORT DICKSON - PRIVATE WATER CHALET

Review Lexis PD- Private Water Chalet

Check-in : 8/5/2018 (sebelum pilihanraya)
  • Ingat tarikh ni 9/5/2018 (Hari mengundi Malaysia) 



Minggu ni sekolah SDanish ambil cuti peristiwa, terus saya survey tempat jalan-jalan yang dekat, lagipun dah nak masuk Ramadan, kita jalan-jalan lepas ni memang duduk rumah ja kan. Pilihan utama Port Dickson sebab dah lama tak pergi, lagipun PD dekat dengan KL.  Kebanyakkan hotel saya book melalui booking.com  sebab dapat genius rate (10% rebate untuk hotel-hotel terpilih).

Tapi kali ni saya survey banyak web, nak pelbagaikan pilihan hotel. Mula-mula MrShah ajak pergi Hotel Sri Malaysia tapi ternampak lak Private Water Chalet PD. Terus saya cek melalui Trivago, nak dapatkan harga yang paling murah. Harga memang akan berubah-ubah setiap kali kita cek, melalui applikasi  telefon ataupun komputer. Jadi, kena rajinkan diri cek harga. Sebab dah berkenan sangat dengan chalet ni saya pun google. Harga yang paling murah dalam https://www.expedia.com.my.

Lexis-Private Water Chalet
RM 259.20 (weekday)

Hotel overview
Private Water Chalet
Bt 2, Jln Seremban, Tanjung Gemok, Port Dickson , Negeri sembilan , 71000 Malaysia
Reservation dates
8 May,2018 - 9 May,2018


Room
Honeymoon Cabin, 1 Bedroom, Smoking, Resort View
Room requests
1 King Bed and 1 Single Sofa Bed
Non-smoking room
*pic from expedia

Balik dari kerja jam 1.00pm terus kemas-kemas gerak ke Port Dickson. Melalui Expedia saya boleh  check-in jam 2pm, lagipun unit saya ni owner unit.. harga lagi murah dari Lexis. Web lain check-in jam 4pm.

Seronok sangat budak-budak nak berjalan, dah lama sebut nak mandi kolam. Gerak jam 3 lebih, sebab teruja sangat semua tak nak makan.. dah sampai nanti baru fikir.

Lagi 1 boboi tak de lak dalam gambar.


Ingatkan masuk je PD banyak kedai makan rupanya tak jumpa pun kedai yang buka walaupun kedai tepi jalan. Sampai ke pusat bandar cari kedai makan, kebanyakkannya tutup.. ke sebab besoknya nak mengundi πŸ˜†. Da sampai kat bandar nampak kedai mamak order nasi goreng 3 bungkus dengan cendol.

Sampai je Lexis terus telefon Mr. Peter (ni owner unit). Walaupun saya book melalui Expedia, owner ni akan telefon kita untuk confirmation, bayar pun direct dengan owner. Maksudnya kita tak perlu check-in di lobi Lexis, terus call owner. Kelebihan owner unit ni tak perlu bayar deposit , kalau book melalui Lexis kena bayar deposit RM100. Parking di bangunan Lexis, tingkat 1     (gambar di bawah). Chalet dengan tempat parking dekat, so jalan je ke chalet. Kalau chalet jauh boleh ambil buggy car Lexis. Di bawah disertakan kad nama Mr.Peter, boleh direct call/wassap untuk booking, Glory Beach pun ada.




  • KAWASAN CHALET

Bangunan Lexis, parking di tingkat 1.

Pemandangan dari tempat parking, ni la Private Water Chalet. Chalet ni ade yang under Lexis & ade yang under owner unit.

Jalan masuk ke chalet, tak la jauh tapi berbaloi saya bawa scooter budak-budak.

  • BILIK
Luas, sangat selesa, bersih, kemas dan cantik. Suka saya gabungan warna bilik. Masuk je bilik terus bilik air, kemungkinan sebab ade pantai kan boleh terus mandi. Kalau bilik air kat dalam dah bersepah bilik dengan pasir.

Our room 065

Suka sangat budak-budak nampak laut kat bawah, teruja SIrfan.


Pintu masuk bilik. Antik sangat, cantik meja make-up.


Barang-barang yang disediakan oleh owner termasuk WIFI.



Siaran TV ada movie dan kartun.

Katil jenis King, luas & sangat selesa. Tenang je masuk bilik dah la suka hijau πŸ˜‰

Sempat SIrfan bergaya πŸ˜†

Luas kan bilik.



Dalam booking mention sofa bed but more to single bed. Sesuai la untuk SDanish buka tingkap terus nampak laut, rugi tak beli pancing katanya..boleh pancing dalam bilik je πŸ˜‰


Jangan risau walaupun owner unit ChineseπŸ˜€

SDanish  relax je sambal menikmati pemandangan. Bilik berhadapan dengan bilik lain, dalam booking pun mention resort view, kalau nak sea view boleh request Mr.Peter, tapi jauhnya nak jalan. 

MrShah pun sibuk menikmati permandangan, agak panas time ni.


Sempat lagi bulat mama ni sepahkan mainan..semua kereta, teddy bear pun ada..katanya baby dia.

Jam dah menunjukkan pukul 5 tapi panas lagi.. budak-budak dah tukar baju tak sabar mandi kolam. Sementara tunggu tu Shaziq & SIrfan cari ikan.

SHaziq teruja tengok..siap cakap nampak turtle πŸ˜…

  • KOLAM

Jalan sikit je ke kolam...bahagia cuti kali ni, tak ramai orang maklumla hari bekerja.

Kolam kanak-kanak.


Full pool view.


Kolam dewasa, 4 kaki dalam, SDanish masih boleh masuk.




Boleh rehat-rehat.


Cantik permandangan, redup ja dengan bunga.
Saya rehat ja la, mandi kolam wajib bawa makanan minuman. Banyak betul pelancong dari China.






Seronok anak-anak tengok papa nya terjun... besepah air😁



Taman permainan pun ada.. keluar masuk kolam anak-anak saya. Bangunan belakang adalah Glory Beach Resort.. ala yang ada turtle feeding tu. Glory ni berhadapan dengan pantai.


Sempat lagi bergambar.

Nampak jauh pantai..tapi kejap je ikut jalan berhadapan Glory Beach.

Sambung tengok view kolam, sambal layan anak-anak menyelam.







Ni memang baby mama, pantang jumpa bunga tepi jalan..mesti bagi mama😍

  • PANTAI

Budak-budak sibuk nak pergi pantai. Jalan ke pantai..kalau stay kat Glory ni memang cantikla berdepan dengan pantai...kolam pun besar siap ada turtle feeding.

Cantiknya pantai.

Teruja budak-budak bukannya nak mandi pantai..tapi nak main pasir..sayang terlupa bawa mainan pantai.

Belakang tu Glory Beach Resort.

View pantai.



Alang-alang lalu kat Glory ternampak turtle..tengok japπŸ‘€


Sambung main pasir.

Lepak sini jap nak makan nasi goreng.

Lapar SDanish..tu la beria sangat main.

Cantik permandangan, pasir putih.

Main pasir sampai rambut πŸ˜…

Lepas main pasir mandi sini dulu.

  • KAWASAN CHALET

Balik awal kononya nak tengok sunset, kena jalan sampai ke hujung.

Membebel lagi SDanish sibuk suh beli pancing😌



Permandangan dari chalet..Lexis

Nak jalan sampai ke hujung tu tak mampu lak saya, nantila malam-malam kang kalau rajin baru bawa budak-budak berjalan 😝

Dah maghrib..balik rehat dulu.

Sambung mandi tub.

Anak-anak sibuk mandi.. papa lepak sini dulu..lampu biru tuuu.
Pemandangan malam dari balkoni bilik.

Dah lepas mandi..sibuk nak main mercun pop. Sempat mama grab kat kedai tadi.
Bolehla buat aktiviti malam.

Kawasan chalet gelap.. takde orang..sebelah bilik je menyala.

  • MAKAN MALAM

Dah siap semua ..jom jalan-jalan cari makan.

Jalan ke tempat parking.
Sempat lagi snap


Masuk je lobi Lexis..SHaziq ternampak kek ..yg ni pantang nampak kek color merah/strawberry..mesti beli..sebenarnya kek red velvet.

Dah dapat kek gerak la ..jalan-jalan cari makan. Banyak kedai makan seafood tapi disebabkan petang tadi dah masing-masing dah makan nasi goreng dah tak tahu nak makan apa. MrShah bawa kereta pusing-pusing bandar , cadangnya makan sate Haji Samuri kat Batu 4 Jalan Pantai. Sekali pergi semua kedai kat kawasan tu tutup.. kecewa betul. Dah patah balik sekali ternampak tempat makan open air..siap ada tikar. Macam menarik kan.. lagipun sesuai sangat bila bawa budak-budak ni.

Area pantai ni banyak food truck kebanyakkannya jual steamboat tapi tempat lepak ni macam best. Ramai orang lepak siap berkhemah lagi. Masa datang ni tak ramai orang, ari Selasa kut.

Terlupa lak nak snap gambar food truck.. food truck Fazlina Steamboat.

Tiba-tiba ramai lak yang lepak siap berkhemah kat pantai, tak pergi pun tengok pantai..semua malas nak jalan-jalan.

Beli steamboat cucuk, serius sedap. 1 cucuk RM 1.30. Air boleh beli kat food truck ade air sirap dan air panas yang 3in1. Ade juga food truck yang jual air kelapa, air bandung. SDanish pilih milo kepal. Tu steamboat 1st, dah sedap siap tambah.. berulang-ulang beli..sampai 3 kali tambah, fishball dan kerang yang paling banyak sebab budak-budak pun suka πŸ˜› 

SHaziq teruja tengok kek red velvet Lexis ni, harga RM 8.90 .. sedap manis sikit rasa sama macam red velvet McD
Katanya nak celebrate birthday dia πŸ‘Ά

Paling senang makan kat sini.. nak tergolek 😊budak-budak siap baring sambal tengok kartun. Lama juga lepak sini sambal relax.


Kalau ada scooter budak sangat berbaloi bawa.
Nak masuk ke lif.

Dah sampai bilik jalan-jalan kawasan chalet.
Nampak orang tengah memancing..suka la SDanish, sempat tengok orang tangkap ketam.

Ni geng mancing, hari pun dah lewat jomla balik tido.


Morning πŸ‘©πŸ‘¨πŸ‘¦πŸ‘¦πŸ‘¦

Sekitar panaroma pagi, air laut lebih cantik dari semalam.

Keluar dah boboi nak cari makan, SDanish tinggal..malas nak ikut, bawa balik makanan je katanya 😝

Bawa air kotak, senang. Untuk SHaziq order roti canai, order 1 keeping sedap lak makan share ni 😁

Gerai ni namanya Nasi Lemak Kukus Depan kubur πŸ˜€ bukan yang dekat Teluk Kemang ... tu HQ, ni area hotel je. Sedap mee goreng & mihun sup.


Balik siap tapau 2 bungkus nasi lemak.

SDanish dah bangun, nak bergambar kat sini katanya. 

Sambung main pasir, pagi ni laut lagi cantik.. air pun bersih lebih biru.


Sempat la berenang sekejap.

SIrfan memang tak nak masuk laut, takut katanya😝

Sekejap je lepak pantai, hari semakin panas.

Sambung mandi kolam.


Matahari dah naik, jom la balik.

Sambil siap-siap sempat lagi ambil gambar.




Suka sangat budak-budak, katanya nak datang lagi.

Dah check-out, letak je kunci kat sinki.


SHaziq cakap.. nanti adik nak datang lagi😚

Last view..cantik.

Keluar je parking Nampak mainan kereta ni, bagi la main sekejap. RM 10 untuk 7 minit.

SDanish teman je la adik-adik main, tak boleh naik.

Jenuh SDanish ajar SIrfan sebab kena control sendiri.

Shaziq dah pakar.



Sempat SDaniah naik 😁


SDanish dapat naik ni, RM 10 untuk 5 minit.

Suka sangat la dia, lagi mencabar naik ni katanya.

Dah semua puas hati dapat main, jom la gerak KL, mama & papa ada misi nak ke tempat undi 😊 Kewajipan pada Negara, Alhamdulillah sempat undi, ngam-ngam sampai jam 4.30 petang tu pun selepas makan Nasi Ayam Mancongkam di Gombak.



RPP FRASER'S HILL

Book sama dengan RPP Pangkor. Survey masa tu tengok ade kosong terus je bayar. RPP ni macam pisang goreng panas. Lambat sikit je habis. Allh...